ShoutMix


ShoutMix chat widget

Hari Bersejarah 2Alam setelah sebulan....

Didalam kebosanan yang melampau mcm ni, terdetik aku nak tengok jumlah kutipan 2alam setelah sebulan berada di panggung wayang. Hasil kutipan amat mengejutkan..



Jumlah kutipan daripada laman web Finas.gov.my menunjukkan jumlah kutipan 2ALAM hanya sekitar 0.44 juta bukan 40juta yang digembar-gemburkan sebelum ini. RM440,000.00 berjaya dikutip oleh 2Alam setelah sebulan ditayangkan di 83 pawagam!!.

Ini bermakna jika 83 pawagam menayangkan 2Alam, dan jumlah kutipan 0.44 juta, secara purata 1 pawagam berjaya mengutip RM5301.20 (0.44/83).

Jika harga tiket bagi filem 2Alam adalah RM10, secara puratanya tayangan filem ini hanya berjaya menarik seramai 44,000 orang penonton sahaja bagi filem ini. Jika seramai 44,000 ini dibagi kepada 83 pawagam, sebuah pawagam hanya mampu menarik 530 orang selepas tayangan selama sebulan.

jika seramai 530 orang adalah bagi sebuah pawagam, ini bermakna jika kita bahagikan kepada 14 hari tayangan wajib, hanya seramai 37 orang sahaja yang menonton filem ini pada setiap hari. Ini bermakna terlalu banyak kerusi kosong yang tidak dipenuhi, itu belum termasuk tayangan selama 20 hari. (530/20=26orang ok lah 2).

Kerugian yang ditanggung secara kasar=

Kos Produksi 1.51 Juta + kos iklan kosmo XXX
jumlah kutipan: 0.44 Juta

= Filem ini rugi.


================================================




walau apapun bukan nk mengata, tetapi memuji sikap DR.Rozmey yang berani mengambil risiko. salah satu ciri keusahawanan yang bagus untuk diteladani, namun kerana gaya rambutnya yang tersendiri itu, beliau tidak disukai oleh orang ramai.

Ada banyak lagi sebenarnya filem yang mengalami kerugian yang lebih besar selain dari 2 Alam, tetapi oleh kerana popularnya 2 alam maka kerugiannya dapat dilihat dengan jelas oleh kita.

so taniah kepada 2 alam kerana berani mencuba.

filem akan datang "kopi Janda"


1 Perbincangan:

hahahahah... yang terbaek..ksian dr.rozmey,inilah sikap masyarakat kita,yg tanak tolong rakyat sendiri,nampaknye revolusi rakyat 1malaysia tidak menjadi...bilakah akan berlaku perubahan ni??? aku dambakan revolusi drpd DDR supaya dpt ubah negara ni...kami sentiasa di belakang mu DDR! haha

Catat Ulasan

Terima kasih lah kerana berkata-kata

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More