Journey Of Azlan, is fairy tale story about Lagenda Teragung

29 Disember 2010

Malaysia Juara Piala Suzuki AFF 2010

Taniah kepada pasukan Malaysia kerana buat julung-julung kalinya kita berjaya menjulang Piala Suzuki AFF. Dengan berakhirnya kejohanan ini, kita akhirnya dinobatkan sebagai Juara bola sepak rantau asia tenggara. Lebih manis lagi kejayaan menjulang Piala Suzuki AFF 2010 menutup tahun gemilang bola sepak negara, selepas kejayaan merangkul pingat emas sukan sea pada tahun lepas. Apa yang boleh kita katakan peningkatan tahap permainan bola sepak kita semakin baik berbanding beberapa tahun dahulu.



Kejayaan Pasukan bola sepak Malaysia menjulang Piala Suzuki AFF ini, diraikan oleh semua rakyat Malaysia. Jika dikedai-kedai mamak, kita dapat melihat penyokong chelsea dan juga penyokong setia Manchester United berpelukkan kegembiraan melihat pasukan negara menjulang Piala Suzuki ini. Apa yang boleh kita katakan, sukan bola sepak mampu menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Malaysia diletakkan bersama pasukan Indonesia,Thailand dan juga Laos. Kisah kejayaan pasukan yang bergelar Harimau Malaya ini bermula dengan langkah kiri, apabila dibelasah teruk, 5-1 oleh pasukan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno. Pada ketika ini, saya tidak menaruh harapan yang tinggi kepada pasukan Malaysia untuk menjulang Piala Suzuki AFF ini. Kata-kata kurang enak mula dapat dilihat didada-dada akhbar tempatan, malah juga dilaman sosial seperti facebook dan juga twitter.

Pada perlawanan kedua pasukan Malaysia berjaya mengikat Thailand,0-0. Pada perlawanan yang pertama Thailand juga seri 2-2 dengan Laos. Ia agak mengejutkan saya pada ketika itu, pasukan yang selama ini kita anggap hebat hanya mampu seri dengan pasukan kerdil seperti Laos. Keputusan perlawanan itu memberi tuah kepada pasukan Malaysia.

Pada perlawanan ketiga Malaysia dengan bangganya membelasah Laos,5-1. Kejayaan Malaysia lebih manis lagi apabila mendapat berita, bahawa pasukan Thailand Kalah kepada pasukan Indonesia 2-1. Ianya sekaligus membangkitkan semangat anak buah Rajagopal, untuk membalas dendam kekalahan 5-1 ditangan Indonesia.

Bermulanya disitu, dengan semangat berkobar-kobar mahu ke final, pasukan Malaysia turun bertemu Vietnam pada perlawanan separuh akhir pertama yang berlansung di Stadium Bukit Jalil. Pada perlawanan tersebut Malaysia berjaya mengalahkan pasukan Vietnam 2-0, dan pada perlawanan kedua yang berlangsung di Vietnam, Malaysia berjaya mengikat Vietnam seri tanpa jaringan, sekali gus mengesahkan kemaraan pasukan Malaysia ke final setelah kali terakhir melakukannya pada tahun 1996.

Sementara itu, satu lagi separuh akhir membabitkan pasukan Indonesia bertemu dengan pasukan Filipina, yang berkesudahan pasukan Indonesia layak ke final dengan aggregat 2-0.

Pada aksi sulung final yang berlangsung di Bukit Jalil, pasukan Malaysia tidak mensia-siakan peluang beraksi di halaman sendiri dengan menghiburkan hampir 70,000 penyokong bola sepak Malaysia dengan kemenangan bergaya 3-0 keatas pasukan Indonesia. Pada aksi final kedua yang berlangsung di Stadium keramat Indonesia, Gelora Bung Karno, pasukan Malaysia berjaya menunjukkan aksi yang membanggakan walaupun tewas 2-1 ditangan Indonesia. Namun begitu kekalahan itu di sambut gembira oleh rakyat Malaysia, apabila secara aggregat Malaysia menewaskan Indonesia 4-2, seterusnya dinobatkan sebagai jaguh bola sepak rantau Asean buat pertama kali.





Apa yang mampu saya katakan sebagai salah seorang peminat bola sepak tempatan, kejayaan pasukan Bola sepak Malaysia menjulang Piala Suzuki AFF 2010 telah menyatukan seluruh rakyat Malaysia dan juga telah berjaya mengukir satu senyuman puas dan bangga pada penyokong bola sepak tempatan. Kejayaan pasukan Malaysia juga di ikuti oleh pemain pertahanan Manchester United Rio ferdinand, di laman Twitternya dengan mengucapkan syabas kepada pasukan Malaysia.














Safee Sali dinobatkan Penjaring Terbanyak Piala Suzuki dengan 5gol.





Kamilah Juara Piala Suzuki Aff 2010



Taniah Untuk Malaysia teruskan kecemerlangan anda...
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih lah kerana berkata-kata

Penaja

Image Text
Image Text
Image Text
Image Text

Kata Pujangga

"Kehidupan yang dilalui ini hanya sementara. Wujudnya diri ini didunia ini hanya bayangan Dia. Apa yang dapat dilihat adalah kenyataan wujudnya dia, sang maha pencipta.."

Cari Blog Ini

Dikuasakan oleh Blogger.

Cerita Mereka Tentang...

Follower