ShoutMix


ShoutMix chat widget

MARLBORO CRUSH TO RELEASE MINT

Post pada kali ini, saya ingin mebincangkan tentang rokok keluaran Marlboro.

Seperti yang kita ketahui, rokok boleh membahayakan kesihatan, pelbagai kempen telah dilakukan oleh kerajaan agar memastikan rakyatnya tidak merokok, namum begitu usahanya tidak menampakkan hasil yang memberangsangkan. Mungkin juga, hal ini disebabkan oleh pihak kerajaan sendiri tidak mahu mengalami kerugian hasil daripada kutipan cukai rokok, menyebabkan rokok terus berada dipasaran negara ini.

Pelbagai kempen telah dilakukan oleh pihak kerajaan seperti, meletakkan gambar yang tidak senonoh pada kotak rokok, namum begitu rokok tetap menjadi pujaan rakyat negara ini. Oleh kerana harga rokok yang terlalu mahal dipasaran tempatan, menyebabkan pelbagai rokok tiruan telah berjaya diseludup masuk ke negara ini. Pelbagai jenama yang tidak pernah kita dengar pun telah berjaya mendapat tempat dihati perokok tegar (seperti saya.. hahaha...).



Namun begitu, ingin saya nasihatkan kepada anda yang merokok, beli lah rokok yang original.

(JANGAN HISAP ROKOK)

Ini kerana, kita tidak tahu racun yang ada pada kandungan rokok tersebut, berbanding rokok original dimana kita sudah sememangnya tahu, bahawa rokok itu boleh menyebabkan kaki anda rosak, boleh menyebabkan kandungan isteri anda terjejas, mulut anda akan rosak habis, jantung anda akan berwarna hitam dan otak anda akan rosak.
Jadi, tepuk dada pilih lah menu yang ada.. hahaha.

ok,
Begitu juga dengan syarikat pengeluar rokok, mereka ini terus bersaing agar memastikan rokok keluaran mereka terus mendapat tempat dihati peminat mereka,
dan terbaru satu idea yang unik telah dikeluarkan oleh syarikat pengeluar perokok Marlboro,
dimana rokok keluaran mereka, iaitu "CRUSH TO RELEASE MINT" berbeza dengan rokok yang ada dipasaran.




Rokok ini mempunyai satu bebola getah didalam filter rokok tersebut, dan apabila terkena udara panas (asap rokok) ia akan mengeluarkan satu perasa yang sejuk apabila anda menghisapnya.. Jika untuk mendapatkan kesejukkan yang maksimum picit bebola getah itu sehingga pecah.

Bukan untuk mengajar anda untuk merokok, tetapi kita perlu melihat perkara ini dari sudut yang berbeza, iaitu melihat dari sudut idea yang unik yang berjaya dihasilkan oleh syarikat rokok Marlboro. Walaupun mereka tahu, produk mereka mendapat tentangan dari pelbagai pihak, tetapi mereka (syarikat rokok) tetap mampu untuk terus mengekalkan produk keluaran mereka dipasaran dengan menghasilkan produk yang unik seperti ini.




Idea yang kreatif seperti ini lah yang perlu ada pada sesuatu produk agar memastikan produk keluaran kita lain daripada orang lain, dan digunakan untuk bersaing didalam pasaran yang sangat kuat.

Jadi saya nasihatkan kepada anda, jauhi merokok, hisaplah sesuatu yang menguntungkan diri anda...emmm apa ek...???

Sekian..



0 Perbincangan:

Catat Ulasan

Terima kasih lah kerana berkata-kata

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More