Journey Of Azlan, is fairy tale story about Lagenda Teragung

02 April 2011

Memancing Di Sungai Jugra

Bile time cuti, aktiviti yang selalu aku buat adalah memancing. Walaupun ada orang cakap memancing itu adalah aktiviti yang membosan, tapi bagi aku, memancing adalah sesuatu yang menyeronokkan "kalau" dapat ikan lah... aku selalu je dapat ikan...Yang orang cakap, mancing tu bosan, sebab xdapat ikan lah tu...


Pemandangan Sungai Langat berlatar belakangkan Bukit Jugra

Jika anda berkunjung ke Pulau Carey, jangan lepaskan peluang anda untuk memancing di sekitar perairan sungai langat ini. Sejarah telah tercipta di sungai ini pada tahun 2005, salah seorang penduduk kampung sungai bumbun, telah berjaya menaikkan ikan gelama seberat 30kG. Walaupun tidak banyak ikan seberat 30kg ini berjaya dipancing, ianya telah menjadi kegilaan bagi penduduk di sekitar pulau carey ini, pergi untuk memburu ikan-ikan yang mendiami sungai langat ini. Mereka percaya bahawa masih ada lagi "Monster Fish" yang belum ditumpaskan..

Jika anda ingin memancing di perairan sungai langat ini, anda disarankan memancing dengan menggunakan bot. Dengan menggunakan bot, anda untuk bergerak mencari lubuk-lubuk ikan yang terdapat di perairan Sungai Langat ini. Jika anda nak mancing kat sini dan nak pakai bot, boleh hello saya ok..


Macam tepi Tasik pun ada kan??

Tapi kami mancing tak pakai bot pun, ada lah jetty orang kampung buat, senang lah sikit kami mancing..selesa pun selesa..boleh baring2 lagi...



Ha satu lagi jangan buat benda macam ni kat pokok.. sian pokok 2... jangan nak gatal-gatal tangan g toreh pokok tu.. pokok ni xde getah, kalau ada pun x laku..



Ni lah rupa Cacing Bakau ataupun Pun-pun, yang digunakan sebagai umpan untuk memancing.. kalau mancing kat area2 ni.. umpan pun-pun memang mujarab..



Boring-boring duk umah, sekali sekala lepak tepi sungai memang best....







Tangkapan pertama Ikan Baung Seberat 300g... Ikan baung sakit kuning kot..



Kecik pun ok...daripada xde langsung... yg ni kami lepas balik ke sungai.. saja je nak rasa tarikan die...xdelah kuat mane..biasa je






Ikan Baung lagi...kuning keemasan..





relek je mancing...selesa...



Bergambar kenangan berlatar belakangkan kubur cina..hehehe



Pelantar ni boleh memuatkan 5 orang sahaja,dan mesti tidak lebih daripada 500kg. kalau x, runtuh...




Bot tunda yang melalui sungai ini. tak taw lah bwak apa...maybe bawak pasir or besi kot..




Kaki Pancing




Ni lah dia bukit jugra..ataupun bukit tunggal... sebabnya, bukit ni mcam busut.. ada satu je.. n tidak bersambung dengan mana2 banjaran...




Uwek...!!! penat hahaha sekian dulu dari saya.. pas ni kami nak mancing laut dalam pulak..
Share:

2 ulasan:

Terima kasih lah kerana berkata-kata

Penaja

Image Text
Image Text
Image Text
Image Text

Kata Pujangga

"Kehidupan yang dilalui ini hanya sementara. Wujudnya diri ini didunia ini hanya bayangan Dia. Apa yang dapat dilihat adalah kenyataan wujudnya dia, sang maha pencipta.."

Cari Blog Ini

Dikuasakan oleh Blogger.

Cerita Mereka Tentang...

Follower