Journey Of Azlan, is fairy tale story about Lagenda Teragung

20 Mei 2011

Trip ke Tanjung Rhu, Pulau carey

Jika di Pulau Langkawi ada Tanjung Rhu, Pulau Carey juga mempunyai Tanjung Rhu nya yang tersendiri. Tempat ini tidak lah sepopular Tanjung Rhu di Pulau Langkawi, namun begitu keaslian flora dan fauna Tanjung Rhu di Pulau Carey ini masih lagi terpelihara. Jika kita berpeluang, kita boleh melihat harimau berkeliaran disekitar pantai Tanjung Rhu ini.

Masih belum ada lagi pusat-pusat peranginan yang di bangunkan di kawasan ini. Tidak ada resort mahupun hotel dan juga restoran di sekitar kawasan ini.
Terletak di hujung Pulau Carey, kawasan nya agak terpencil dan agak jauh daripada penempatan manusia.

Apa yang boleh aku nampak daripada pemerhatian aku kat tempat ni, Tanjung Rhu Pulau Carey, lokasi nya cukup strategik untuk dibangunkan kawasan pelancongan. Keunikkan dan kelebihan pantai Tanjung Rhu, Pulau Carey ini ialah, kita boleh melihat kesesakkan dan kesibukkan selat melaka yang sentiasa dipenuhi dengan kapal-kapal perdagangan.

Bila malam, laut ini sentiasa diterangi dengan lampu-lampu daripada kapal yang menanti giliran untuk berlabuh di Pelabuhan Klang. Mungkin di tempat lain kita jarang melihat situasi ini, disebabkan lokasi itu jauh daripada Pelabuhan, tetapi di Tanjung Rhu Pulau Carey, hampir setiap masa kita boleh melihat pemandangan Kapal-kapal ini berlabuh.

Ikuti pengembaraan Kami..hahaha



Kami pergi Berempat je, Objektif asal: mencari Tarang/Mentarang





ni lah dia rupa Mentarang Laut yang kami nak cari, isi dia memang sedap..




Melalui Jalan berhabuk, jalan estet




Laluan agak mencabar



Sudah sampai..




Pemandangan Sekitar Tanjung Rhu



Mula mencari Tarang..


Puas Mencari tanda-tanda kewujudan Mentarang ini. Namun gagal dikesan


cantik tak? banyak kapal yang berlabuh..sib baik camera cikai klu x compirm korang nk ikut..haha








Jumpa plak, binatang purba ni



Predator


Penat mencari Lokasi Mentarang, jumpa plak Belangkas di lopak air ni



Belangkas binatang purba,wujud sejak zaman dinosaur lagi.

Berkulit keras, berekor tajam, telur dia memang sedang untuk dimakan, tapi ingat jangan salah makan, nanti korang mabuk,silap haribulan boleh mampus, sebab ada satu urat dia bersambung dengan pundi dia, ha yang tu beracun, jangan makan urat dia.






Tada, menarik kan...ni lah dia belangkas bahagian bawah dia.




Nilah dia, orang selalu cakap, berkepit "macam belangkas".. sebab belangkas selalu berkepit, yang besar itu betinanya sebab dia bertelur, yang kecik itu jantan, reti bawak telur je.



Sekali tengok macam raksasa, nasib baik kecik..kalau besar aku pun tak berani nak pegang.





Kami meneruskan Perjalanan, terpijak ketam lah plak, terus ketam tu marah nak menyerang kami.







Jangan Tiru aksi ini..



Ni dia otai laut, dengan selamba dia pegang Ketam tu..




Ade teknik dia camne nak bagi ketam ni tak sepit tangan kita..Hanya otai yang tahu



Ni lah dia ketam yang nak serang kami, dan akhirnya jadi Lauk kami.




Penat berjalan, tanda-tanda kewujudan mentarang tu masih gagal dikesan, last pencarian terhenti disini dulu.. kami pun dh lapar ketam tadi kami bakar jadi santapan BBQ kami..




Sedap bila makan kat Laut, keenakkan nya jelas terasa, maybe sebab terlalu lapar kot.


Lain-lain gambar yang sempat di snap sebelum Bateri Kong..





Umpan Sarang/pumpun




Umang-umang mencari sarang dia.




Siput Beliung






Sungguh indah alam ciptaan tuhan ini, Sekian dulu trip aku kali ni,
Share:

19 Mei 2011

Cerita aku, kini dan Selamanya

Bangun pagi jam 10am, g dapur cari makanan, dapat lempeng pun jadi. Tengahari Makan lagi, bila petang, g pekan g beli daging burger n roti burger, bila malam start meniaga, xde pelangan tutup awal. Tengah malam main game PES2011 sampai subuh, smpai bengkak bijik mata, mcm nak terkeluar,..

Bangun pagi jam 10am,kadang 12 baru bangun, biasalah rumah bujang, xde sape kacau,pastu g umah mak aku, g dapur cari makanan, dapat lempeng pun jadi. Tengahari Makan lagi,mak masak lagi sedap, bila petang, g pekan g beli daging burger n roti burger, bila malam start meniaga, xde pelangan,buat burger banyak-banyak, bagi makan kat diri aku sendiri. Tengah malam main game PES2011 sampai subuh, smpai bengkak bijik mata, mcm nak terkeluar,..



Ini bukan breakfast aku, sekadar gambar hiasan, kadang time malam ada gak makan nie..


Bangun pagi jam 10am,kadang 12 baru bangun, biasalah rumah bujang, xde sape kacau,pastu g umah mak aku, g dapur cari makanan, kadang2 aku masak sendiri. Tengahari Makan lagi,mak masak lagi sedap,bila aku tolong dia masak. bila petang, g pekan g beli daging burger n roti burger, bila malam start meniaga, xde pelangan,buat burger banyak-banyak, bagi makan kat diri aku sendiri, kadang2 xabis aku bagi kat itik abang aku, yang katanya nak jadi jutawan itik. Tengah malam main game PES2011 sampai subuh, smpai bengkak bijik mata, sampai lebam..perit


Ni gerai Lame, skg kami dh maju dh pindah ke lokasi baru.. 50 meter dri tmpat asal




ni lah dia Itik abg aku..


Bangun pagi jam 10am,kadang 12 baru bangun, biasalah rumah bujang, xde sape kacau, mak aku gak, dia suh aku tido banglo akak aku ni,katanye "daripada banglo 2 dibiar kosong, baik aku tido situ" katanya kat aku , cambiasa bangun pagi mesti nak sarap, apa lagi!!, g umah mak aku lew, g dapur cari makanan, kadang2 aku masak sendiri. Tengahari Makan lagi,mak masak lagi sedap,bila aku tolong dia masak. bila petang, g pekan g beli daging burger n roti burger, naik moto jew..laju bhai aku bawak motor 2.. kadang 100kmj, bila malam start meniaga, "daripada lepak kosong, baik ko dpt seposen sehari" kata abg aku dulu kat aku, cambiasa kadang2 ade, kadang xde pelangan, aku lah pelangan nya.. 2 yang naik berkilo-kilo ni. Tengah malam main game PES2011 sampai subuh, smpai bengkak bijik mata, sampai lebam..perit



Banglo Akak aku.. 3 tingkat bawah tanah =P


Bangun pagi jam 10am,kadang 12 baru bangun, biasalah rumah bujang, xde sape kacau, mak aku gak, dia suh aku tido banglo akak aku ni,katanye "daripada banglo 2 dibiar kosong, baik aku tido situ" katanya kat aku , aku apa lagi tido ar kat banglo akak aku nie.. cambiasa bangun pagi mesti nak sarap, apa lagi!!, g umah mak aku lew, g dapur cari makanan, kadang2 sarapan dah xde, aku suh mak aku buatkan teh untuk aku,pergh... thanks , tapi memang terbaik daripada ibu ku. Tengahari Makan lagi,mak masak lagi sedap,bila aku tolong dia masak. bila petang, g pekan g beli daging burger n roti burger, naik moto jew..laju bhai aku bawak motor 2.. kadang 100kmj, tapi bila time balik dari pekan ke rumah, memang celake sikit, jalan yg aku nak lalu, bila balik dari pekan, semua berlubang, dalam plak 2..mau bengkok rem moto aku. nak tak nak, terpaksalah makan jalan orang cikit. bila malam start meniaga, "daripada lepak kosong, baik ko dpt seposen sehari" kata abg aku dulu kat aku, cambiasa kadang2 ade, kadang xde pelangan, aku lah pelangan nya.. tokey!! mestilah burger spesel,..2 yang naik berkilo-kilo ni. Tengah malam main game PES2011 lagi,ini semua kerana Jami and Ijam, xpuas hati asyik kalah je dengan aku, smpai bengkak bijik mata, sampai lebam..perit..



BBQ kerang,ikan pari,ayam,ikan selar,ketam hidangan malam..hahaha


Bangun pagi jam 10am,kadang 12 baru bangun, biasalah rumah bujang, xde sape kacau, mak aku gak, dia suh aku tido banglo akak aku ni,katanye "daripada banglo 2 dibiar kosong, baik aku tido situ" katanya kat aku , aku apa lagi tido ar kat banglo akak aku nie.. cambiasa bangun pagi mesti nak sarap, apa lagi!!, g umah mak aku lew, g dapur cari makanan, kadang2 sarapan dah xde, aku suh mak aku buatkan teh untuk aku,pergh... thanks , tapi memang terbaik daripada ibu ku,kadang sebelum mkn tengahari,aku mesej buah hati dulu. Tengahari Makan lagi,mak masak lagi sedap,bila aku tolong dia masak. Sebelum makan, mesej buah hati dulu, dia tanye dh dh makan ke belum?..aku jawab "baru pas makan"., padahal dah 4 pingan aku bantai, pagi 2 tengahari 2 pingan..hahaha bila petang, g pekan g beli daging burger n roti burger, naik moto jew..laju bhai aku bawak motor 2.. kadang 100kmj, biasalah LC135,tapi bukan moto aku, moto abg aku, aku xde moto, basikal pun xde.. tapi bila time balik dari pekan ke rumah, memang celake sikit, jalan yg aku nak lalu, bila balik dari pekan, semua berlubang, dalam plak 2..mau bengkok rem moto aku. nak tak nak, terpaksalah makan jalan orang cikit. bila malam start meniaga, "daripada lepak kosong, baik ko dpt seposen sehari" kata abg aku dulu kat aku, cambiasa kadang2 ade, kadang xde pelangan, aku berangan gak, kalau aku bukak byk kedai burger cabuk aku ni, mesti aku akan jadi jutawan burger, kan? bila xde pelangan je mesti mengalamun, last-last aku lah pelangan nya.. tokey!! mestilah burger spesel,..2 yang naik berkilo-kilo ni. Tengah malam main game PES2011 lagi,ini semua kerana Jami and Ijam, xpuas hati asyik kalah je dengan aku, kalah besar diorang dengan aku,5-0,6-0, smpai bengkak bijik mata, sampai lebam..perit..nasib baik buah hati memahami...




cerita dan seterusnya....adalah sama....berulang dan terus berulang..
Share:

16 Mei 2011

The best flower in the World

"Jika kamu berhasrat menghadiah aku sekumtum bunga..berikan lah aku bunga ini, kerana aku sangat menghargai bunga ini. Cantiknya bunga ini, indahnya bunga ini, hanya yang mencintainya sahaja tahu menghargai bunga ini" kata-kata Djemba Zimbabwe



Bunga ini jarang ditemui di Malaysia, memang sukar untuk menemuinya.















Mengapa diciptakan bunga ini?

Share:

14 Mei 2011

Ombak Jadi Ais

Kita duduk di Malaysia, mungkin kita tidak pernah tahu kejadian ini, kiranya tidak ada sesiapa yang mendedahkannya atau berkongsi cerita perkara ini dengan kita. Hakikatnya, dunia ini penuh dengan keindahan ciptaan yang maha esa.... Entry pada kali ini, saya ingin berkongsi dengan rakan-rakan blogger saya mengenai keistimewaan satu tempat ni di Arctic Ocean...(x ingat).. dimana tempat ini, ombak nya telah membeku seperti ais batu... Gambar ini di temui di google images (wave ice)...









Bagi aku, kejadian ini sungguh menakjubkan, sekiranya aku diberi peluang, suatu hari nanti aku ingin sampai ke destinasi ini, untuk melihat sendiri, kejadian alam semula jadi yang sungguh indah ini..







































Mungkin masih ada lagi tempat yang lebih menarik selain daripada tempat ini, yang tidak pernah kita ketahui... oleh itu, pergilah menjelajah satu dunia, untuk melihat apa sebenarnya dunia ini...
Share:

Penaja

Image Text
Image Text
Image Text
Image Text

Kata Pujangga

"Kehidupan yang dilalui ini hanya sementara. Wujudnya diri ini didunia ini hanya bayangan Dia. Apa yang dapat dilihat adalah kenyataan wujudnya dia, sang maha pencipta.."

Cari Blog Ini

Dikuasakan oleh Blogger.

Cerita Mereka Tentang...

Follower