Journey Of Azlan, is fairy tale story about Lagenda Teragung

29 Jun 2011

Gabungan Belia Orang Asli ke Stadium Nasional Bukit Jalil

***entry patut dh release hari tu, dsebabkan blogger.com wat hal..jd lah entry basi**

Ini cerita bola sepak kelayakkan Piala Dunia 2014, zon Asia.

Beritaharian kata,"Impian Menyala", Utusan Kata "Belum Selamat", Metro kata "Cari Sakit"..

Itulah ayat-ayat yang terpampang di dada akhbar hari ini, selepas Malaysia menewaskan Taiwan 2-1 mlm tadi (29JUN2011).



Bekalan satu gol di bawa oleh Harimau Malaya ke Taiwan nanti masih belum mencukupi, apa pun Lagenda Teragung sentiasa mendoakannya kejayaan Malaysia, kerana Lagenda Teragung bercita-cita untuk menjulang Piala Dunia sewaktu Lagenda Teragung masih kecil, dan harapan Lagenda Teragung itu diletakkan di atas bahu anak-anak buah K.Rajagopal ketika ini.



Bukannya cerita kemenangan Malaysia, yang ingin Lagenda Teragung kupaskan disini, tetapi "TRIP" kami ke Stadium Nasional Bukit Jalil telah di taja sepenuhnya oleh Gabungan Belia Orang Asli Sepang (GBOAS) dan juga Kuala Langat dan Hulu Langat.



Ada orang kata muka aku mcam batin muda....keh keh keh


Terima Kasih lah yeeee..

Sebanyak 7 buah bas ditaja oleh GBOAS untuk membawa belia orang asli daerah Sepang,Kuala Langat dan juga Hulu Langat untuk menyaksikan dan merasai sendiri pengalaman berada di Stadium dan menyokong pasukan negara beraksi.


Ucapan penuh bersemangat dari Ketua Projek..saudara ASRI.


Dikatakan hampir 300 orang menyertai program anjuran GBOAS, dan menariknya seramai 300 yang menyertai program ini, diberi makan dan minum serta

JERSI MALAYSIA ORIGINAL percuma tu!!!


LAGENDA TERAGUNG BERSAMA JERSI PERCUMA...




TIKET PUN FREE, Harap MALAYSIA lawan Arsenal,Chelsea,Liverpool pun dpt free lah ek..

=====


Kata-kata penuh 1001 makna


Biasalah dh nak dekat PRU, mcm2 bantuan dapat... dan yg penting Semua Peserta yang menyertai TRIP ke Perlawanan Kelayakkan Piala Dunia antara Malaysia malam tu, telah bersertuju untuk membantah PERHIMPUNAN BERSIH...



KUSYUK mendengar ceramah POLITIK..hate politik so muche..dammmm


Lafaz ikrar dari belia orang asli,
NO BERSIH,,,kata kami..hehehehe





Teruja ke STADIUM


Begitu meriah sekali...




Hensem gak aku nie..hehehe




MALAYsIA menang 2-1

Share:

11 Jun 2011

Program Jom Aktif Sihat di Sungai Bumbun

Pergh... cukup penat hari ni,cuba menyibukkan diri dalam Program Jom Aktif Sihat bersama Penduduk Kampung Orang Asli Sungai Bumbun anjuran budak-budak UKM.




Memang agak memenatkan, tapi ok lah kira aku ni jenis yang masuk masyarakat jugak lah kan? hahaha...

Adalah sikit beberapa pameran dari Polis Trafik, booth Klinik Gigi Angkatan Tentera Malaysia, Klinik Percuma, SPR, dan SYABAS.


Pameran excident





Tahun ni aku dah daftar sebagai Pengundi, so tahun ni aku nak pangkah sape ek? sape nak beli undi dari aku..hahaha




Hasil kraftangan masyarakat orang asli Mahmeri




Belia orang asli yang sabar menanti ketibaan vvip




cabutan bertuah, banyak hadiah yang dibawa pulang oleh mereka.


Bantuan beras juga diberikan kepada penduduk Kampung.


Penduduk kampung, dapat beras free, tq lah ye..kenyang perut kami katanya..




Dapat dua guni beras tu...





Peserta berkonvoi sabar menanti ketibaan VVIP.










Pagi diserikan dengan acara sukaneka, ada pertandingan karaoke disebelah Tengahari, dan acara Penutup oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi II, Dato Saifuddin Abdullah pada sebelah petang.



Latuk sulah mali..disambut meriah dengan orang kita




Tarian tradisional masyarakat Mahmeri



Mendengar kata-kata amat, sebelum pilihan raya..hahahaha



OK sekian dulu dari kami Bumbun Crew...

biasalah Pilihanraya kan dah nak dekat, pasni aku nak banglo lah..hahaha
Share:

08 Jun 2011

Ikan Belanak Masak 4 rasa

Ah ha, kali ini Alansap a.k.a LagendaTeragung sekali lagi cuba mengemukkan badan nya yang sememangnya sudah "besar".

Hari tu aku pergi jalan-jalan tepi pantai, dok pusing-pusing tepi pantai, terjumpa plak MakCik ni jual ikan. Oleh kerana ketaksuban aku terhadap anak perempuan dia yang agak comel itu, aku dengan selamba dan macho nya, membeli sekilo ikan Belanak dari dia. Padahal pada mulanya, aku langsung tak terlintas nak beli ikan dari Makcik tu. Mungkin rezeki dia kot hari tu..hahaha..

Ok sampai je dirumah, aku gelak sorang-sorang, kenapa lah aku beli jugak ikan ni, padahal dah selalu sangat aku makan ikan ni kat rumah.

Hari tu tetiba plak dapat idea, nak try ikan belanak ni buat masakan 3 rasa, atas bantuan buah hati aku, dia bagi SMS kat aku suruh sedia itu dan ini. Aku x puas hati, last2 aku cuba mendapatkan bantuan dari pakcik google. Dapat lah aku Resipi Masakan 3 rasa.


Ikan Belanak yang dh disiang..


So bahan-bahan dia:

Sos tiram, kicap soya, Sos cili, Minyak Bijan, Tomato yang dihiris petak, daun limau purut,buah limau dan Daun sup

Mula-mula ikan tu mesti kena goreng dulu, tak goreng tak jadi. Dah goreng baru wat kuah dia.

Lengkuas + Serai + Bawang Putih + Halia + Bawang Merah besar Punya + Cili Padi = semua bahan ini ditumbuk sampai lu'nyai.



Bahan-bahan yang perlu disediakan..



Bahan ni terus di tumis sehingga naik bau, dah naik bau, baru lah bubuh Sos tiram, Sos Cili, Kicap soya bubuh sikit, tuang sikit minyak bijan kasi wangi..

Seterusnya, dah jadi kuah 3 rasa tu, bubuh lah garam, ajinomoto, dan gula secukup rasa.
Kemudian, bubuh tomato yang dipotong petak, perah sikit air asam limau, bagi masam sikit.
dan jugak daun limau purut.



Tomato yang aku rasa yang dah dipotong petak, tapi mcam tak jadi petak.

Bila dah siap masak, baru lah tuang Kuah 3 rasa ke atas Ikan Belanak Yang telah di goreng itu tadi.

Hasilnya cukup menakjubkan.... tak kusangka aku berjaya menghasilkan satu masakan resipi yang baru. Biasa orang buat masakan 3 rasa iaitu, Masam,Manis, Masin. Tapi aku berjaya buat sampai 4 Rasa!! iaitu Masam,Manis,Masin dan Pahit. Tapi memang sedap lah, tak tahu pahit tu dtg dari mana, tapi xdelah pahit sangat. sedang2 je.

Datang plak member, bawak bahan.. memang selera giler aku makan time tu.. tapi apapun terima kasih kepada makcik yg jual ikan tu kat aku..hahaha


Tada, Ni lah dia Ikan Belanak Masak 4 rasa
Share:

02 Jun 2011

Trip Mencari MenTarang

Ok Hari tu aku pernah wat satu post pasal trip aku ke Tanjung Rhu Pulau Carey, Selangor untuk mencari Tarang. Tapi, masa tu lokasi Mentarang tu gagal di temui.. Dengan misi yang sama, semangat kami berkobar-kobar untuk terus mencari lokasi rahsia ini.



APA ITU MENTARANG?

Mentarang adalah sejenis hidupan laut yang tinggal dikawasan yang berlumpur + pasir. Sama sepeti Kepah ataupun kerang, mempunyai kulit luar yang keras, dan sisi yang tajam. Tersilap pegang ketika mengeluarkannya boleh menyebabkan kecederaan pada jari anda. Isi mentarang dikatakan lebih sedap berbanding Kepah mahupun lala. Isinya kurang berpasir, jika dibasuh dengan betul memang tidak berpasir.



Tapi pada kali ini, kami sekali lagi ke lokasi tersebut untuk membongkar dimanakah Mentarang itu bersembunyi, dan melalui risikan yang kami terima, kami berjaya memperolehi maklumat kedudukan sebenar hidupan laut ini, yang telah dianggap pupus oleh sesetengah orang. Seramai 6 orang yang terlibat dalam aktiviti ini..best wo...



Tiba di lokasi, bau mentarang telah berjaya dikesan..hehehe

Kerja-kerja pengalian telah diteruskan..





Seriusly, ni first time aku mencari tarang, sebelum ni tahu makan je.. Takde lah susah, cume kena berhati-hati sikit, kalau tak habis jari, silap2 boleh putus..hehehe



Pergh... memang teruja bai..



This is Mr.Sarayap

Mat.Pot dengan tarangnya, bagaikan kerbau yang sedang berkubang..first time jugak katanya..

Seguni berjaya dia rembat hari tu

Teruja katanya..


Kedudukan mentarang di merata-rata tempat membuat kami mabuk laut..hahaha




ha nampak,seguni tu..

Ni dia otai (Orang Tua Ada Ilmu) laut..releks je.. Yang lain semua dah berkubang macam kerbau, dia releks je, baju x kotor.. kotor lah jugak tapi xlah seteruk kami..seluar putih plak tu...sempoi...


Dah macam cari emas dekat tepi pantai pun ada...



Mencari Lubuk..


Time tu pulang..dah penat.



Cukuplah hasil laut pada kali ni...


Berat gak a..10KG ade kot...




Tarang oh Mentarang....

Trip kami tidak berakhir disini saja... kami sempat merasai kelazatan Mantarang ini di tepi Pantai Tangjung Rhu.. Beza dia BBQ di tepi pantai berbanding di Rumah, ialah bila dirumah kita banyak makanan, x xcited sgt nak makan, tapi bila di tepi pantai kita mempunyai selera yang tinggi dan kita mudah terasa lapar, mungkin disebabkan kita kepenatan..


Bila dalam keadaan macam ni, kita kena tahu menghidupkan api.. mana ada dapur gas time ni..so belajar-belajar lah cara menghidupkan api.. bukan payah sangat, bawak je lighter..hehehe




BBQ...yeke ? BBQ macam ni ke...




campak je dalam api.. Tunggu cengkerang dia terkopek sikit...baru makan..







Isi mentarang...lemak berkrim disukai ramai..



Terbaik dari ladang..






Pergh..memang syahdu makan mentarang nie..sungguh survival betul...kelazatannya terasa sampai ke tali perut..hahaha



Sampai je kat rumah petang tu, kami bercadang untuk masak mentarang ni secara kukus..masak stim kononnya.. kami pun buat lah, mengikut bahan2 yg disyorkan oleh buah hati aku..hahaha






Mentarang yang telah dibersihkan. Cengkerang dia perlu dikopek (dibuka), baru isi dalam dia boleh dibasuh dengan bersih, kalau x dikopek memang makan dgn pasir lah jawabnya.





Bahan-bahan yang perlu disediakan, halia,bawang besar,kecik,putih n merah, tomato.
mcm terbalik ke gmbar nie..




Serai yg dicincang halus, cili yang telah dipotong halus, daun sup, ada daun saderi pun ok..




ok last step, bubuh je segala bahan yang ada ke dalam periuk kukus.. owh lupa carrot pun boleh diisi. daun sup, tomato, masuk last sekali, bila agak2 dh masak baru letak.. bubuh lah garam,ajinomoto secukup rasa, kami jugak bubuh minyak bijan dan kicap soya, bagi menyedapkan lagi Masakan kami..




Ta da... sudah siap untuk dimakan.. Pergh memang sedap aku masak.. sapa cakap aku tak pandai masak..hahahaha

Tapi yang comfirm memang berkilat ar diorang makan, n diorang request suh aku masak g... orait..tunggu trip camping kami plak...

Thanks for Reading...
Share:

Penaja

Image Text
Image Text
Image Text
Image Text

Kata Pujangga

"Kehidupan yang dilalui ini hanya sementara. Wujudnya diri ini didunia ini hanya bayangan Dia. Apa yang dapat dilihat adalah kenyataan wujudnya dia, sang maha pencipta.."

Cari Blog Ini

Dikuasakan oleh Blogger.

Cerita Mereka Tentang...

Follower