Journey Of Azlan, is fairy tale story about Lagenda Teragung

08 Jun 2011

Ikan Belanak Masak 4 rasa

Ah ha, kali ini Alansap a.k.a LagendaTeragung sekali lagi cuba mengemukkan badan nya yang sememangnya sudah "besar".

Hari tu aku pergi jalan-jalan tepi pantai, dok pusing-pusing tepi pantai, terjumpa plak MakCik ni jual ikan. Oleh kerana ketaksuban aku terhadap anak perempuan dia yang agak comel itu, aku dengan selamba dan macho nya, membeli sekilo ikan Belanak dari dia. Padahal pada mulanya, aku langsung tak terlintas nak beli ikan dari Makcik tu. Mungkin rezeki dia kot hari tu..hahaha..

Ok sampai je dirumah, aku gelak sorang-sorang, kenapa lah aku beli jugak ikan ni, padahal dah selalu sangat aku makan ikan ni kat rumah.

Hari tu tetiba plak dapat idea, nak try ikan belanak ni buat masakan 3 rasa, atas bantuan buah hati aku, dia bagi SMS kat aku suruh sedia itu dan ini. Aku x puas hati, last2 aku cuba mendapatkan bantuan dari pakcik google. Dapat lah aku Resipi Masakan 3 rasa.


Ikan Belanak yang dh disiang..


So bahan-bahan dia:

Sos tiram, kicap soya, Sos cili, Minyak Bijan, Tomato yang dihiris petak, daun limau purut,buah limau dan Daun sup

Mula-mula ikan tu mesti kena goreng dulu, tak goreng tak jadi. Dah goreng baru wat kuah dia.

Lengkuas + Serai + Bawang Putih + Halia + Bawang Merah besar Punya + Cili Padi = semua bahan ini ditumbuk sampai lu'nyai.



Bahan-bahan yang perlu disediakan..



Bahan ni terus di tumis sehingga naik bau, dah naik bau, baru lah bubuh Sos tiram, Sos Cili, Kicap soya bubuh sikit, tuang sikit minyak bijan kasi wangi..

Seterusnya, dah jadi kuah 3 rasa tu, bubuh lah garam, ajinomoto, dan gula secukup rasa.
Kemudian, bubuh tomato yang dipotong petak, perah sikit air asam limau, bagi masam sikit.
dan jugak daun limau purut.



Tomato yang aku rasa yang dah dipotong petak, tapi mcam tak jadi petak.

Bila dah siap masak, baru lah tuang Kuah 3 rasa ke atas Ikan Belanak Yang telah di goreng itu tadi.

Hasilnya cukup menakjubkan.... tak kusangka aku berjaya menghasilkan satu masakan resipi yang baru. Biasa orang buat masakan 3 rasa iaitu, Masam,Manis, Masin. Tapi aku berjaya buat sampai 4 Rasa!! iaitu Masam,Manis,Masin dan Pahit. Tapi memang sedap lah, tak tahu pahit tu dtg dari mana, tapi xdelah pahit sangat. sedang2 je.

Datang plak member, bawak bahan.. memang selera giler aku makan time tu.. tapi apapun terima kasih kepada makcik yg jual ikan tu kat aku..hahaha


Tada, Ni lah dia Ikan Belanak Masak 4 rasa
Share:

8 ulasan:

  1. cuba try masak 8 rasa plak... ada bran?

    BalasPadam
  2. klu 8 rasa, chef wan pun x brani nk buat.. hahaha

    BalasPadam
  3. uishhhh..pandai msak..rajin pos kt mai sini

    BalasPadam
  4. damm nak lawan chef saufi ahmad nampak miahahahah

    BalasPadam
  5. @aini duk umah bujang..biasa lah..kena rajin masak..hahaha
    @saufi kamu pandai ke masak? ahha..

    BalasPadam
  6. Selalunya rasa pahit tu datang dari lengkuas... lebih lebih lagi kalau lengkuas tua dan menumisnya tidak cukup lama...

    BalasPadam

Terima kasih lah kerana berkata-kata

Penaja

Image Text
Image Text
Image Text
Image Text

Kata Pujangga

"Kehidupan yang dilalui ini hanya sementara. Wujudnya diri ini didunia ini hanya bayangan Dia. Apa yang dapat dilihat adalah kenyataan wujudnya dia, sang maha pencipta.."

Cari Blog Ini

Dikuasakan oleh Blogger.

Cerita Mereka Tentang...

Follower