ShoutMix


ShoutMix chat widget

Menakjubkan..Terengganu Juara Piala FA 2011








Menakjubkan, itu lah kata-kata aku terhadap permainan yang ditunjukkan oleh pasukan Terengganu ketika membenam Kelantan 2-1 dalam final Piala FA 2011, di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari tu. So post pada kali ini, aku ingin menjadi pengulas sukan sehebat Shebby Singh. Hahaha



Dari sudut Taktikal Kelantan

Apa yang dapat saya lihat, dalam final tersebut, Jurulatih Kelantan,iaitu M.Karathu, cuba bermain dengan corak permainan pantas kerana, mereka yakin bahawa kemampuan para pemain mereka seperti Norshahrul Idlan Talaha,S.Chanturu, Nurul Azwan Roya, dan juga Piya, mempunyai kelebihan dari segi larian dan, kelebihan ini digunakan sepenuhnya oleh Karathu untuk mengucar-kacirkan pasukan Terengganu.

Dalam perlawanan tersebut, pasukan Kelantan sentiasa memberi tekanan kepada para pemain Terengganu, dan tidak membiarkan para pemain Terengganu menyimpan bola dengan terlalu lama. Hasilnya, pada minit ke-79 Kelantan berjaya menghasilkan jaringan daripada gerakan pantas dan juga larian deras dari Nurul Azwan Roya, dengan mudah mengcungkit bola melepasi jangkauan Penjaga Gol, Sharbinee Alawie.



Dari Sudut Taktikal Terengganu.

Terengganu bijak mengawal permainan, walaupun ketinggalan mereka berjaya mengelak daripada melakukan kesilapan, yang membolehkan pasukan Kelantan menghasilkan gol. Mereka tidak bermain pantas seperti mana pemain kelantan, mereka cuba memperlahankan rentak pemain kelantan, mereka banyak mengawal dan bertahan, sekali sekala melancarkan serangan.

Dari minit pertama lagi kita dapat melihat Terengganu tidak mengikut corak permainan pantas yang dilakukan oleh kelantan. Kita dapat lihat, pemain Kelantan sentiasa mengejar bola yang ada dikaki pemain Terengganu, sehingga kita dapat melihat, Manaf Mamat sering diasak.

Dan diminit-minit akhir permainan Terengganu membuat serangan pantas, ketika pemain kelantan sudah terlalu yakin mereka akan menjadi juara. Mereka sentiasa cuba melengah-lengahkan permainan. Satu kealpaan daripada pemain Kelantan yang nampak keletihan, mungkin akibat permainan pantas mereka, akhirnya Terengganu memperoleh gol hasil jaringan pemain Kelantan sendiri iaitu, Mohd Daudsu.

Mohd Daudsu yang dilihat berhasrat untuk menanduk keluar bola telah menyebakan ia tersasar dan masuk ke gawang sendiri.

Permainan dilanjutkan kemasa tambahan, akhirnya corak permaian pantas yang ditunjukkan oleh pasukan kelantan memakan diri sendiri. Kita dapat lihat, pemain-pemain seperti sudah keletihan dan tidak secergas di awal permaianan masa pertama & kedua.

Kesempatan itu digunakan oleh pemain Terengganu lencarkan serangan, dan Terengganu menyumbat gol kemenangan menerusi Nordin Alias pada minit ke-109, hasil daripada tendangan sudut.


===============


Penonton.

Memang terbaik!! belum pernah lagi aku tengok tingkat 3 Stadium bukit jalil tu penuh dari hujung sana ke hujung sini, penuh!!! wow sambutan yang hebat...Sapelah yang untung ye...

Tapi sayang, penyokong bola sepak kita tak sayang bola sepak Tanah air, mereka membaling botol ke tengah padang.,mereka baling bom/mercun..sungguh memalukan...

Sayangnya, penyokong kita mudah patah semangat, tidak yakin dengan pemain pasukan sendiri, kita boleh tengok ketika terengganu ketinggalan, ramai yang nak blah dari Stadium tu, bila Terengganu skor gol, baru terhengeh-hengeh nak sokong balik. buat malu je...
Come on lah.. tunjukkan kesetian korang pada team korang.

Piala FA..

Pasukan yang menang kali ini, boleh simpan terus Piala FA yang SANGAT besar ni.. sebabnya musim depan nak bagi piala baru. Yelah.. orang nak menang sebab nak JULANG piala tu, tapi kalau Piala tu dah besar dan tinggi macam tu, macam mana diorang nk JULANG.. bongok gak diorang ni..




Tak ke besar piala ni..,So Kapten Terengganu pun tak dapat lah nak julang piala tu. Berat giler kot. hahaha..



Kepuasan kepada pemain Terengganu, tidak mengenal erti kekalahan, membuah kan hasil.

3 Perbincangan:

yang menang tahniah, yang kalah cuba lagi...

tahniah Terengganu! Main bola jangan sampai cedera ye - Kecederaan/Kematian di Padang Bola Sepak

Catat Ulasan

Terima kasih lah kerana berkata-kata

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More