ShoutMix


ShoutMix chat widget

Malaysia vs Arsenal,Malaysia vs Liverpool, Malaysia vs Chelsea

Kesemua perlawanan ini, saya hanya menonton nya di TV. Cuma perlawanan Malaysia Vs Arsenal sahaja aku tengok kat internet.

Bukan tidak patriotik sebab tak pergi stadium, sebab yang main bukan team favorite aku. Kalau ManUtd yang turun comfirm aku berada di Stadium hahaha.

Ok, mengulas untuk perlawanan pertama Malaysia bertemu Arsenal, sememangnya Arsenal layak untuk memenangi perlawanan itu. 4 gol tanpa balas yang dijaringkan oleh Arsenal sudah cukup membuktikan bahawa pasukan itu berada di kelasnya yang tersendiri.

Taniah kepada Malaysia kerana mampu menahan asakan bertali arus daripada pemain-pemain Arsenal. Jika dilihat pada perlawanan ini, banyak gol dihasilkan hasil daripada kesilapan para pemain kita sendiri.

Gol pertama adalah hasil daripada sepakkan penalti, atas kekasaran yang dilakukan oleh Aidil, yang mudah disempurnakan oleh Aaron Ramsey pada minit ke-6. Gol kedua adalah hasil daripada kepantasan pemain arsenal mencari ruang dan Theo Walcott bijak melambungkan bola melepasi jangkauan penjaga gol Malaysia, pada minit ke-37. Babak kedua bersambung Arsenal menambah jaringan melalui Carlos Vela pada minit ke-58 dan Thomas Rosicky menambah jaringan menjadikan 4-0 pada minit ke- 90.

Apa yang boleh saya katakan, bukan pertahanan pasukan kita yang lemah, tetapi mereka diasak oleh pemain bola sepak professional, dimana mereka tahu mencari ruang untuk membocori benteng Malaysia. Mereka berlari dengan kelajuan yang pantas, mereka mampu mengawal bola dengan kemas, mereka mampu membuat hantaran-hantaran yang tepat. Dan memang patut Malaysia kalah, tetapi kita berjaya mengekang asakkan itu, dan hanya membenarkan 4 gol sahaja yang dibolosi.

Perlawanan kedua membabitkan Malaysia bertemu Liverpool, perlawanan yang menarik yang berkesudahan Liverpool menang 6-3. Malaysia memberikan tentangan sengit kepada Liverpool. Liverpool memperolehi sepakkan penalti pada minit 27, apabila Charlie Adam mudah menolak masuk gol pertama. Jaringan cantik Safiq Rahim m-43 mengikat kedudukan 1-1 separuh masa pertama, hasil daripada sepakan percuma yang boleh kita katakan sebagai worldclass, sebelum ini bertemu Arsenal Safiq hampir menjaringkan gol apabila sepakan percuma nya di tepis oleh penjaga gol arsenal.

Separuh masa kedua Liverpool menambah jaringan mendahului 4-1,dan bintang Pelita Jaya Safee sali meledak 2 gol, untuk menjadikan kedudukan 4-3, namum begitu kealpaan benteng pertahanan Malaysia membolehkan Liverpool menambah 2 lagi jaringan menjadikan kedudukan 6-3.

Pada pengamatan saya, dengan corak permainan seperti yang ditunjukkan oleh pemain Malaysia, sebenarnya kita masih jauh untuk berangan ke Piala Dunia, tetapi itu tidak mustahil, dalam bola sepak, jika ada kesungguhan macam-macam boleh berlaku. Jaringan daripada Safiq cukup mengagumkan saya, safee sali pula sudah mula menunjukkan taringnya sebagai pegempur malaysia, cuma di bahagian pertahan, kita masih gagal menyerap 100% asakan pemain bertaraf dunia.

Dan perlawanan terakhir antara Malaysia bertemu Chelsea, yang berkesudahan Chelsea menang 1-0 hasil gol kontroversi...Malaysia akhirnya berjaya mengekang asakan bertali arus pasukan chelsea.

So sape team sayur?? Chelsea kot..hahaha

0 Perbincangan:

Catat Ulasan

Terima kasih lah kerana berkata-kata

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More