Journey Of Azlan, is fairy tale story about Lagenda Teragung

12 Mac 2014

Sukan Hari Moyang 2014 - Bola Sepak

Pulau Carey - Pada 22 Feb 2014, telah berlansung satu kejohanan bola sepak 9 sebelah tertutup Kampung Orang Asli Sungai Bumbun yang diadakan di Kampung Orang Asli Sungai Bumbun. Kejohanan tahunan yang bermula pada tahun 2012 ini telah memasuki edisi ketiga pada tahun ini. Objektif penganjuran kejohanan ini adalah untuk mengeratkan perpaduan penduduk kampung dan menanamkan semangat kerjasama dikalangan penduduk kampung.Barisan urusetia kejohanan adalah terdiri daripada penduduk kampung sendiri. Perkara ini jelaskan menunjukkan bahawa kejohanan ini mempunyai nilainya yang tersendiri bagi penduduk kampung.

Bagi pasukan yang bertanding, kemenangan bukan lah faktor utama bagi setiap pasukan yang bertanding. Tetapi keseronokkan, kemeriahan dan senyuman di kalangan mereka menjadikan kekalahan yang dialami oleh pasukan itu "berbaloi". "Kalah menang adat permainan, tetapi senyuman & tawa pengubat segala kekecewaan", kata seorang penduduk.

Bagi penganjur, JKK KOA Sg.Bumbun merasakan bahawa kejohanan yang dianjurkan sempena sambutan perayaan bagi masyarakat orang asli Mahmeri iaitu Perayaan Hari Moyang 2014 ini, nyata disambut meriah oleh penduduk kampung. Penganjur juga merakam penghargaan yang tidak terhingga kepada JAKOA SELANGOR ( Kuala Langat) dan pihak MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR kerana sudi menjadi penaja bagi kejohanan yang kecil pada tahun 2014 ini.

"Melihat seorang dewasa yang berumur 40an menangis kegembiraan adalah kepuasan saya menganjurkan kejohanan ini. Dia adalah saudara kami, tinggal satu kampung, saya kenal dia. Dia bukan pemain bola sepak profesional, dia bukan pemain bola sepak amatur, malah boleh kami kata , bahawa pasukan yang dia sertai itu rata-ratanya adalah kaki bangku. Namun atas semangat berpasukan yang tinggi pasukan dia berjaya ke Final dan menjadi juara. Apabila melihat air mata kegembiraan daripada dia, saya terkedu dan merasa amat berpuas hati dengan apa yang kami anjurkan. Air mata itu adalah air mata kejayaan atas usaha mereka. Kejayaan yang tidak pernah mereka pikirkan , kejayaan yang tidak pernah mereka rasai seumur hidup.. memang benar itu adalah tangisan ikhlas daripada Abg Jinak." Kata Penganjur




Share:

28 Februari 2014

Sekitar Gold Coast Morib Banting

Pantai Morib - Salah satu kawasan pantai yang terdapat di Negeri Selangor. Kebanyakkan pantai yang terdapat dinegeri Selangor, adalah pantai yang berselut, kerana permukaan dasar yang mendatar. Salah satu penginapan yang terkenal disini ialah Gold Coast Morib. Penginapan yang terletak ditepi pantai barat semenanjung Malaysia ini menjanjikan kelainan yang berbeza. Kedudukan nya jauh dari kota-kota besar, tetapi mudah di akses daripada Kuala Lumpur malah tidak jauh dari KLIA.

Penginapan ini dilengkapi dengan permainan Taman Tema Air ( Water Park) yang menjanjikan keriangan kepada penghuni yang membawa keluarga mereka bersama.

Bath Tub...

Salah satu jenis Bilik yang terdapat di Gold Coast Morib. Bilik yang besar, cukup selesa.


Antara kemudahan yang disediakan oleh Gold Coast Morib. Sesuai untuk mana-mana agensi untuk buat hari keluarga. Dewan yang besar. Boleh buat macam-macam game.  Difahamkan juga, pihak resort ada menyediakan pakej hari keluarga dan telematch yang lain2.





Juga terdapat disini ialah kemudahan untuk mengadakan majlis-majlis keramaian seperti majlis Hari jadi, party, Majlis perkahwinan dan bermacam-macam lagi, kerana tempat ini amat sesuai untuk majlis-majlis rasmi.





Share:

01 Februari 2014

Rezeki Sungai Langat Pulau Carey

01 Feb 2014- Pulau Carey kini sudah tidak seperti dulu. Jika sekitar tahun 80an-90an, hutan paya bakau masih banyak di Pulau ini, tetapi kini tidak lagi. Keadaan sudah berubah. Bagi kami penduduk di Pulau Carey ini, hakikat ini perlu ditelan walaupun pahit. Kemajuan & kemodenan yang dibawa oleh "manusia" kadang kala telah mengubah pola kehidupan di alam ini. Jika dulu, masyarakat Mahmeri menjadikan hutan paya bakau adalah sumber rezeki terulung bagi mereka, tetapi kini tidak lagi. Keluasan hutan paya bakau semakin mengecil kerna telah diganti dengan penanaman sawit, untuk menjana ekonomi yang lebih mampan. Itu lah manusia, kemusnahan demi kemusnahan yang dicipta oleh manusia tanpa memikirkan kehidupan alam yang sering bergantungan. Tetapi tidak mengapa lah, majoritinya mahu begitu kita ikut kan sahaja...

Bila tidak ada apa mahu dilakukan di rumah, bosan dengan kehidupan di kota, kadang kala tertekan dengan kerja, kita kembali ke alam semula jadi yang diciptakan oleh-Nya. Terasa senang dan tenang, melupakan seketika hiruk pikuk kehidupan moden manusia.

Jadi kami kembali kehidupan yang dulu...

Walau pun Sungai Langat Pulau Carey tidak seperti dulu, namun hidupan laut seperti belangkas ini masih wujud disini.


Menjala adalah salah satu aktiviti yang kami lakukan di Sungai ini.


Sangkut adalah perkara biasa apabila menjala... hati-hati kat sini banyak Udang Galah, maka sang bedal pun ada...


Masih ada rezeki disini, harap  Sungai Langat ini tidak dicemari oleh "Kemodenan Manusia"

Begini lah kehidupan suatu masa dahulu, sebelum pulang, makan lah dulu rezeki yang diperolehi, yang selebihnya dibawa pulang untuk anak-anak dan isteri.






Udang Galah segar, pada bahagian kepala otak nya memang sedang... perghhhh... tak perlu masak di hotel, cukup sekadar apa yang ada...


Semoga manusia sedar, hidup didunia ini saling bergantungan.. jangan lah hidup hanya untuk diri sendiri, alam memerlukan kita, kita memerlukan alam....
Share:

Penaja

Image Text
Image Text
Image Text
Image Text

Kata Pujangga

"Kehidupan yang dilalui ini hanya sementara. Wujudnya diri ini didunia ini hanya bayangan Dia. Apa yang dapat dilihat adalah kenyataan wujudnya dia, sang maha pencipta.."

Cari Blog Ini

Dikuasakan oleh Blogger.

Cerita Mereka Tentang...

Follower