Journey Of Azlan, is fairy tale story about Lagenda Teragung

12 Mac 2014

Sukan Hari Moyang 2014 - Bola Sepak

Pulau Carey - Pada 22 Feb 2014, telah berlansung satu kejohanan bola sepak 9 sebelah tertutup Kampung Orang Asli Sungai Bumbun yang diadakan di Kampung Orang Asli Sungai Bumbun. Kejohanan tahunan yang bermula pada tahun 2012 ini telah memasuki edisi ketiga pada tahun ini. Objektif penganjuran kejohanan ini adalah untuk mengeratkan perpaduan penduduk kampung dan menanamkan semangat kerjasama dikalangan penduduk kampung.Barisan urusetia kejohanan adalah terdiri daripada penduduk kampung sendiri. Perkara ini jelaskan menunjukkan bahawa kejohanan ini mempunyai nilainya yang tersendiri bagi penduduk kampung.

Bagi pasukan yang bertanding, kemenangan bukan lah faktor utama bagi setiap pasukan yang bertanding. Tetapi keseronokkan, kemeriahan dan senyuman di kalangan mereka menjadikan kekalahan yang dialami oleh pasukan itu "berbaloi". "Kalah menang adat permainan, tetapi senyuman & tawa pengubat segala kekecewaan", kata seorang penduduk.

Bagi penganjur, JKK KOA Sg.Bumbun merasakan bahawa kejohanan yang dianjurkan sempena sambutan perayaan bagi masyarakat orang asli Mahmeri iaitu Perayaan Hari Moyang 2014 ini, nyata disambut meriah oleh penduduk kampung. Penganjur juga merakam penghargaan yang tidak terhingga kepada JAKOA SELANGOR ( Kuala Langat) dan pihak MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR kerana sudi menjadi penaja bagi kejohanan yang kecil pada tahun 2014 ini.

"Melihat seorang dewasa yang berumur 40an menangis kegembiraan adalah kepuasan saya menganjurkan kejohanan ini. Dia adalah saudara kami, tinggal satu kampung, saya kenal dia. Dia bukan pemain bola sepak profesional, dia bukan pemain bola sepak amatur, malah boleh kami kata , bahawa pasukan yang dia sertai itu rata-ratanya adalah kaki bangku. Namun atas semangat berpasukan yang tinggi pasukan dia berjaya ke Final dan menjadi juara. Apabila melihat air mata kegembiraan daripada dia, saya terkedu dan merasa amat berpuas hati dengan apa yang kami anjurkan. Air mata itu adalah air mata kejayaan atas usaha mereka. Kejayaan yang tidak pernah mereka pikirkan , kejayaan yang tidak pernah mereka rasai seumur hidup.. memang benar itu adalah tangisan ikhlas daripada Abg Jinak." Kata Penganjur




Share:

Penaja

Image Text
Image Text
Image Text
Image Text

Kata Pujangga

"Kehidupan yang dilalui ini hanya sementara. Wujudnya diri ini didunia ini hanya bayangan Dia. Apa yang dapat dilihat adalah kenyataan wujudnya dia, sang maha pencipta.."

Cari Blog Ini

Dikuasakan oleh Blogger.

Cerita Mereka Tentang...

Follower