Journey Of Azlan, is fairy tale story about Lagenda Teragung

29 Januari 2011

Kursus Kejurulatihan Rekreasi di La hot Spring

Pada 26 januari -29 januari 2011, satu kursus kejurulatihan rekreasi tahap 1 dan 2 berjaya dilaksanakan. Bertempat di La Hotspring, Terengganu, pelbagai cabaran dan pengalaman baru diperolehi oleh para peserta. Berdepan dengan cuaca hujan 24 jam tanpa henti adalah cabaran yang amat menyeronokkan, kami seolah-0lah berada di negara hujan dimana hujan pada hari itu tidak pernah berhenti.


Setibanya kami di La Hot Spring, hujan telah turun dengan lebat nya.. aktivti pertama pada hari itu, mendirikan khemah terpaksa dibatalkan, kerana tapak perkhemahan bertakung dengan air. Setelah agak lama kami dibiarkan di pondok usang ini, akhirnya kami diberi bilik bertaraf 5 bintang...

Tada!!! cantikkan rumah ini.. ha... memang cantik pun...

Unik dan berbeza... terbaik dari ladang..





Memandangkan hotel ini dh terbiar agak lama, terpaksalah kami membersihkannya...





bahagian dalam..konsep yang menarik boleh memuatkan hampir 100 orang.. jimat....




Memandangkan hari pertama hujan turun dengan lebat, hanya aktiviti indoor sahaja yang dapat dilakukan. macam biasa g kem kena wat tepukkan sorakkan, bendera , malam kebudayaan dan seumpama dengan nya.


Laporan diteruskan untuk hari berikutnya, pada hari kedua pertandingan orientering dijalankan, pertandingan itu terpaksa dilangsungkan dalam cuaca hujan yang lebat menambahkan lagi cabaran, sayangnya aku lupa nak ambik gambar time nie...

hari ketiga, hari yang ditunggu-tunggu akhirnya muncul juga, kami berkesempatan untuk meneroka hutan gunung tebu pada tengah hari itu. Hujan masih turun dengan lebat, setelah mendapat kelulusan dari ranger hutan time tu, membenarkan kami untuk naik sehingga ke kawasan air terjun sahaja.


Pengembaraan bermula....





Air sungai time 2, memang laju giler, silap langkah boleh hanyut..







Cabaran bermula....





Menunggu giliran merentas sungai...



Muka cuak diserang Pacat...







Pelik Tapi benar...... inilah dikatakan mutiara naga yang dicari oleh Goku dan rakan2nya.. sayangnya mutiara naga ini telah menjadi batu.....




Memandangkan air sungai terlalu laju, kami terpaksa berpaut pada kayu....



Air terlalu deras..




ada sesuatu disana sedang memerhatikan kami...???


bergotong royong.....



cabaran tetap diharungi...



keceriaan masih lagi terpancar walaupun diserang pacat...



Halangan berjaya ditempuhi...





Akhirnya kami sampai di satu lokasi, sebuah batu seakan2 seekor katak... (Gamabunta, katak naruto)



Pakcik ranger 2 sedang duduk atas katak , mcm naruto...





Operasi mencari pacat masuk dalam seluar bermula...



eee....banyak pacat yg diowg kutip hari 2..



Penangan Pacat....best wo... ade kat mane2 shaje..




berendam sebentar di air terjun...




Air sungai + Air hujan...






Ceria je...






Lokasi terakhir kami, di gua bahtera.. dikatakan disinilah pintu gerbang ke dimensi lain.. dikatakan juga, batu ini menyerupai sebuah kapal..


boleh masuk kedalam gua bawah tanah ni...tapi sebab hujan air penuh.. xleh nk masuk..

setakat ni dulu.. nti update len...


=======================




Share:

17 Januari 2011

Sehari Di Taman Rehlah Pantai Bisikan Bayu,Pasir Puteh

15 Januari 2011,

Pada kali ini, aktiviti rekreasi diadakan di Taman Rehlah, Pantai Bisikan Bayu,Pasir Puteh, Kelantan. Dengan kerjasama Jabatan Rekreasi Negeri Kelantan, beberapa aktiviti seperti berkayak dan juga orienteering telah berjaya dilaksanakan.

saksikan lah beberapa gelagat kanak-kanak riang yg sempat sy rakam...


Kedatangan Kami disambut oleh orang kuat Jabatan Rekreasi Kelantan..


Sebelum memulakan aktivti berkayak, memohon restu dari org tersyg, amat digalakkan..




Gambar berkayak semasa di Taman Rehlah tidak sempat dirakam, kerana berlaku satu kejadian misteri dimana, semua peserta lupa utk bergambar semasa melakukan aktiviti berkayak, dan pihak kami difahamkan berlaku satu kejadian budak lemas di tempat ini... eee... seram ke?? hehehe!!!




gmbar contoh... keadaan semasa berkayak..

============================

Time makan, setelah penat berkayak...





Aktiviti kami pada sebelah petang adalah orienteering, iaitu aktiviti membaca peta.. kelihatan di gambar cikgu hasan memberi taklimat kepada para peserta aktiviti pada petang itu..






Taklimat ringkas...






inilah alatan yg diberi kepada kami...





Para peserta mencari arah..






Para Peserta terlelap, ketika menunggu nama dipanggil.. sian depa..






Selepas tamat aktiviti, mendengar taklimat daripada pok nik..



walaupun keletihan, kecerian masih terpancar dari wajah mereka...kanak2 riang..






Sebelum balik ratu jamu kami sangat kelaparan, sempat menjamah jagung bakar buatan mak cik limah..
Share:

08 Januari 2011

Rekreasi Di Setiu Angro Resort Terengganu

8 Januari 2011-Satu aktiviti yang membabitkan pelajar tahun 3 jurusan Sarjana Muda Keusahawanan Pelancongan, UMK telah berjaya dianjurkan dan berlansung dengan jayanya. Aktiviti yang berlansung selama sehari itu, diadakan di Setiu Agro Resort, Terengganu dengan kerjasama Jabatan Rekreasi Kelantan. Seramai 35 orang pelajar terlibat dalam program ini, yang bertujuan memberi sedikit pendedahan kepada pelajar mengenai aktiviti rekreasi. Antara beberapa aktiviti yang sempat dijalankan pada hari tersebut ialah, flying fox,latihan keselamatan dalam air, terjun, kayak, dan merentas sungai.


Taklimat daripada Nek Mohd Yunus, Jurulatih kami pada sepanjang hari tu.



Taklimat Flying Fox.


Tinggi tu...



Bersiap sedia untuk berlepas...






Aktiviti seterusnya aktiviti berendam, bagi kecut punya....


Pelajar terencat..




Bajet manis...



Aktiviti berkayak sambil mengambil kesempatan..



Sib baik tak tenggelam



Gadis-gadis yang x reti mendayung...



SIAPA HEBAT??!! sorakkan daripada ketua pom pom






Share:

Penaja

Image Text
Image Text
Image Text
Image Text

Kata Pujangga

"Kehidupan yang dilalui ini hanya sementara. Wujudnya diri ini didunia ini hanya bayangan Dia. Apa yang dapat dilihat adalah kenyataan wujudnya dia, sang maha pencipta.."

Cari Blog Ini

Dikuasakan oleh Blogger.

Cerita Mereka Tentang...

Follower