Journey Of Azlan, is fairy tale story about Lagenda Teragung

05 Julai 2011

Lambaian Phuket mempersonakan part 2

***Lambaian Phuket mempersonakan part 1***

Disebelah petang pula...

Kami dibawa pula ke salah satu destinasi tumpuan utama pelancong di negeri phuket ini, iaitu Rawai Beach. Cukup indah aku rasa ketika aku berada disini, mata aku bagaikan dijamu dengan sesuatu pandangan yang cukup mempersonakan.


Selamat datang ke Rawai Beach..

Air laut yang kebiruan, awan nano yg berterbangan , pukulan ombak yang bertalu-talu, pasir putih yang bersinar, cuaca panas yang dingin, angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa....wwwaaaaahhhh!!! best wo.... memang best, sukar untuk dibayangkan keseronokkan nya menikmati alam ciptaan tuhan yang maha agung... aku bersyukur kerana diberi peluang melihat keindahan alam ini...


Bersama selamanya..keh keh..






Melompat keriangan, sambil mengabadikan kenangan di Phuket..




pada gambar mungkin ia tidak nmpak menarik, tetapi melalui mata sungguh mempersonakan..










Lambaian Phuket...

Credit to SaufiAhmad for pictures...


Setelah kami sudah puas dan penat berada di tepi pantai itu, kami meneruskan perjalanan seterusnya menuju sesuatu tempat yang sungguh indah daripada tempat tadi.

Tidak ada kata-kata untuk aku luah kan ketika itu melihat suatu pemandangan yang belum pernah aku lihat sebelum ini.. ialah selama ini, aku selalu mengimpikan satu tempat yang tinggi untuk aku lepak sambil bersantai,pada masa yang sama melihat pemandangan yang indah seperti berada dikaki bukit melihat laut atau seumpama dengan nya.


Pemandangan Cape Phromthep



Tetapi kali ini, impian aku menjadi kenyataan. Sungguh indah Cape Phromthep, berada di puncak bukit yang menghadap laut yang terbentang luas, melihat pulau-pulau yang bertaburan di pukul ombak, melihat kapal-kapal nelayan tengelam timbul di lambung ombak, angin kencang meniup menyapu ke muka aku, udara yang nyaman, waktu senja yang merah sambil menikmati lagu the coconut tree, "WELCOME TO MY PARADISE" sungguh mengasyikkan, aku bagaikan dipukau dengan keindahan phuket..rasa ingin menjerit kepuasan kegembiraan..



Welcome to my Paradise



nice view...



bawa ku terbang..



sungguh mengasyikkan lepak disini..




tada....


Ramai orang berada sini, menghantar matahari pulang, mereka bertepuk tangan ketika matahari melabuhkan tirai.....




Rombongan kami tidak melepaskan peluang mengabadikan kenangan disini



tada...



ada yang buat wedding shooting disini..






sabar menanti matahari terbenam


Tapi sayang nya, kehadiran awan nano merencatkan sedikit pemandangan di senja itu...

Sungguh indah dunia ini... mungkin ini sebahagian keindahan dunia yang pernah aku lihat, dan aku berharap, suatu hari nanti,aku mampu menjelajah satu dunia untuk aku mengagumi ciptaan yang maha esa...




ini lah situasi yang dinantikan oleh orang ramai, melihat terbenam nya matahari...





awan nano menutup matahari yg seksi..












==========================================
Share:

Lambaian Phuket mempersonakan part 1

Ok ,kita sambung balik cerita trip aku ke Selatan Thailand hari tu...kalau x sempat bace hari tu..ni dia cerita aku di Phang Nga Bay Phuket Thailand

Destinasi kami yang seterusnya pada hari ketiga ialah bersiar-siar sekitar bandar Phuket sambil menyiapkan beberapa assignment yang perlu di setelkan.

Trip kami pada pagi itu bermula dengan melawat salah satu lokasi yang sesuai untuk melihat keseluruhan bandar Phuket dari atas Bukit.. (x ingat bukit apa, rasanya macam salah satu fitness centre diorang lah kot).


Pemandangan dari atas bukit cukup mempersonakan..sangat cantik..



Kanak-kanak riang, dari kiri, sopi,akob,pian,din

Pemandangan pagi itu cukup indah, dengan cuaca yang panas menyerlahkan lagi keseksian bandar Phuket apabila dilihat dari atas bukit.


Setelah puas bergambar di atas bukit itu, trip kami meneruskan perjalanan ke Sri Bhurapa Orchid Cashew Nuts Factory pulak. Iaitu salah satu kilang yang memproses biji gajus menjadi kacang.. pelbagai jenis kacang yang dihasilkan daripada biji gajus ini, dijual disini.



Nilah dia rupa buah Gajus..



budak praktikal..


Setelah puas bergambar dan membeli sedikit souvenir, trip kami dibawa pula ke sebuah pusat yang menjual mutiara asli iaitu di MOOK, Phuket. Banyak mutiara yang dijual disini..


signboard kedai ni..




Mutiara yang dikatakan paling besar..


keeyong bersama cengkerang tiram paling besar..



Banyak mutiara yang terdapat disini, tapi sayang nya kehadiran kami hanyalah untuk menonton sahaja...hehehe



Dan seterusnya kami juga dibawa ke salah satu kedai yang menawarkan jualan t-shirt dengan harga yang agak murah, dengan kualiti kain yang agak bermutu tinggi, dengan harga 700bhat bersamaan RM7 sehelai. Disinilah,ramai yang diantara kami yang mengalami muflis akibat perbelajaan yang berlebihan..



owner dia tahu ckap melayu,memudahkan lagi urusan belian kami..



beli secara borong, ada yang beli untuk satu family n ada yg untuk orang kampung hahaha


Ok..itu dia trip kami disebelah pagi dan tengahari...


Sambungan>>> PART 2
Share:

03 Julai 2011

Filem...Shaheizy Sam buat aku PANASZZZZ

Kita tinggal kan dulu cerita kekalahan dalam kemenangan pasukan bola sepak Malaysia, lupa kan dulu trip aku selama seminggu di Selatan Thailand, sebabnya aku terasa panassssszzzzzzzz.............

Balik dari Thailand hari tu, besok petang nya... aku nampak, banyak kereta dan van masuk kampung aku... aku ingatkan pelancong yg datang nk lawat kampung aku...aku biar jelah..

Malam tu, aku nampak rumah jiran aku bersinar seperti ada satu cahaya yang menyinari rumah jiran aku tu. aku jadi terkejut, kerana aku menyangkakan bahawa cahaya itu, cahaya lampu kapal terbang UFO ... lalu aku pun dengan berani nya menghampiri rumah itu...




Alangkah terkejut nya aku, ada ramai orang yang berada disitu, dengan lengkap bersenjatakan camera, lighting, microphone besar, ada rail kereta api untuk camera, wow..satu pengambaran filem telah dibuat di kampung aku... aku dengan bangga nya disini, mengumumkan bahawa kampung aku akan masuk GSCnTGV nanti...hehehehe...




Dari jauh aku dapat melihat dua kelibat makhluk tu ..tu dia jaguh filem malaya dengan wajah yang biasa aku lihat di TiVi.. Shaheizy Sam dan juga Angah RajaLawak.... sedang bersila memohon hajat nampaknya dari bomoh orang asli....







Aku pun tak taw filem apa yang diorang tengah shooting, dengar kata Ngankung ke dua kot.. dan mungkin akan ditayang sekitar tahun 2012. Kalau betul Ngankung ke Dua, mesti kutipannya lebih dari 8juta kan..??? hahahaha

DAN....


aku lambat sampai ada hal..tak sempat bergambar dgn artis kesayangan orang ramai..


yang buat aku panas... member2 aku sempat bergambar dengan diorang... cit!!! aku lambat sampai time tu...



cit....


.....

yang buat aku panas, kenapa tak ambik aku berlakon sekali, jadi orang kena bunuh ke, jadi pokok ke , aku sanggup je hahahahaha....

yang buat aku panas, kenapa tak berlakon je rumah aku...lagi ramai bomoh kat cini..hehehe

tapi xpelah, cerita dh basi... harap dpt lah nanti aku jadi crew2 diorang hahaha...mcm best je...

xde yang panazz pun saje je,,tq for ur time.. credit picture to Pelangidlangit.Blogspot
Share:

01 Julai 2011

Phang Nga Bay Phuket Thailand

สวัสดีครับ

sàwàtdee kráp


sàwàtdee kráp...


Sungguh mempersonakan, itulah ungkapan Lagenda TerAgung...
Tanggal 20 JUN 2011, buat julung-julung kali nya Lagenda TerAgung menjejak kan kaki ke Thailand. Trip pada kali ini disertai 40 orang pelajar yang rata-ratanya merupakan ahli kelab pelancongan Universiti Malaysia Kelantan, bersama 6 orang pegawai pengiring.

Bas mula bertolak pada petang 19JUN2011, dan kami berhenti sarapan di hentian RnR di selatan Thai pada pagi 20 JUN 2011, Perjalanan yang mengambil masa hampir 12 Jam dari Kota Bharu ke Phuket Thailand amat memenatkan, namun begitu kepenatan tidur didalam bas, dibayar dengan pemandangan yang cukup indah dan mempersonakan.


Sampai di RnR tu kami trus snap gmbar, dengan bangga serta konfident nya SaufiAhmad memberitahu kami,bahawa di belakang itu adalah Pulau Phang Nga, padahal ia hanya lah bukit biasa....suka hati ko je ye...

Destinasi hari pertama kami di Selatan Thai adalah Phang Nga. Kami tiba di Jeti pada Pagi itu dan, kami disambut dengan meriah oleh peniaga-peniaga yang meniaga disitu, ada diantara kami tidak melepaskan peluang untuk membeli topi sebagai tanda kenang-kenangan..


Tiba di Jeti..




Diorang membeli topi, takut panas katanya..





Jeti sebelum ke Phang Nga Bay


Kami dibawa menaiki bot menikmati panorama indah pulau-pulau yang terdapat di sekitar Phang Nga Bay. Kami juga dibawa melihat satu lokasi yang utama jika datang ke Phang Nga ini, iaitu Ko Tapu, yang juga dikenali sebagai James Bond Island, di Phang Nga Bay.


Kami berada didalam bot...best wo...




Begini lah suasana di Phang Nga Bay Phuket Thailand. Cukup mempersonakan... begitu indah ciptaan tuhan yang maha esa...



Lagenda Teragung bersama SaufiAhmad diatas bot



Sambil mendengar lagu "Tersenyum Lagi" dari Steven Coconut Three.memang seronok.



Gua edit gambar ni jadi x elok..takut korang jelez...hahaha



Ni lah dia James Bond island..eh betul ke..aku dh lupa ar..


Pulau-pulau yang berada di sekitar kawasan itu..



Gua yang kami akan masuk, juga merupakan salah satu destinasi pelancongan dan tarikan disini, juga dikatakan james bond pernah berlakon disini..



Teruja masuk GUA sampai ternganga..


Disini juga terdapatnya satu perkampungan air. Kami sempat singgah untuk menikmati jamuan makan tengahari sambil membeli belah diatas perkampungan air ini. Apa yang menarik mengenai perkampungan air ini ialah, kawasan perairan ini cukup bersih, tidak kelihatan sampah-sarap yang banyak. Terdapat juga sekolah serta padang futsal di atas perkampungan air ini. Cukup menarik bukan??? Kemudahan asas mereka juga perolehi seperti bekalan air yang bersih serta bekalan elektrik daripada generator..



Kampung atas air memang mempunyai banyak kelainannya..



Kampung atas air, mempersonakan,...




Struktur asas bangunan perlu kukuh...




Ni lah dia padang futsal baru dalam pembinaan....cukup unik..main bola atas air..



Kami saja lompat nak tau kukuh ke tidak padang futsal nie...




Sekolah pun ada dekat Kampung atas air nie..




Makan tengahari dulu...sedap...n free...ade orang byrkan...




Bergambar kenangan di atas bot...




cukup indah gmbar ini..



Balik ke darat, setelah kekenyangan.




masih byk lagi cerita dari selatan thai..sharing is caring..

***setinggi penghargaan kepada SaufiAhmad and Chua coz for nice picture.. and juga Ijam sbb bagi sewa kamera DSLR dia kat aku... n most important for all phuket trip crew...***
Share:

Penaja

Image Text
Image Text
Image Text
Image Text

Kata Pujangga

"Kehidupan yang dilalui ini hanya sementara. Wujudnya diri ini didunia ini hanya bayangan Dia. Apa yang dapat dilihat adalah kenyataan wujudnya dia, sang maha pencipta.."

Cari Blog Ini

Dikuasakan oleh Blogger.

Cerita Mereka Tentang...

Follower