Journey Of Azlan, is fairy tale story about Lagenda Teragung

06 Jun 2018

WUJUD AKU ADALAH KENYATAAN DIA

7 Jun 2018
22 ramadan 1439
6.30am

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Sekian lama mendiamkan diri baru hari tergerak hati ini untuk menulis sambil mendengar lagu raya. Lain macam rasanya..hehehe

Tahun ini merupakan tahun ke 6 aku akan menyambut syawal dan merupakan tahun pertama akan meraikannya bersama insan yang hadir dalam hidup ini.

Perasaan masih sama seperti sebelum2 ini, tidak ada rasa keghairahan melampau untuk menyambut hari raya, kerana perasaan ini masih lagi mengharap insan yang aku sayang, yang menjaga aku hingga dewasa ini, hinggalah ke tahap ini masih belum bersama satu jalan dengan aku.

Ya, hanya DIA yang dapat memberi HIDAYAH. Aku hanya mampu mengharap. Kerna aku pernah mendengar sebuah kisah bahawa ada juga saudara Rasulullah SAW juga tidak bersama dengannya. Apa tah lagi diri ini yang hanya mampu berdoa, agar dan moga ada sinar untuk mereka yang aku sayang.

Alangkah seronoknya jika dapat meraikan Syawal bersama-sama keluarga sendiri, namun perkara ini tidak terjadi dalam hidup aku.. jika berlaku.. sudah semestinya sesuatu yang mengembirakan...

5/6 tahun ini aku masih lagi mencari rahsia kelahiran dan kewujudan aku dimuka bumi ini... sedikit demi sedikit DIA membuka jalan kepada aku, walaupun banyak kali aku tergelincir didalam perjalanan ini...tetap juga aku mencari jalan pulang kepada mu. Guru tidak lagi aku ketemui, hanya berpandu kepada gerak hati dan mencari semata-mata.

Telah aku tanam dan pasak dalam diri ini, bahawa benarlah hanya DIA segala-galanya bagi aku... WUJUD AKU ADALAH KENYATAAN DIA. Kali pertama aku mengetahui hal ini, aku terdiam dan tertunduk kelu berkata-kata, air mata deras mengalir di pipi aku. Perasan bercampur-baur , percaya dan tidak percaya, gembira dan takut,... itu lah perasaan yang dilontarkan oleh DIA kepada aku.. 

Rasa diri ini tersangat hina diatas kesilapan silam, tapi aku sangat-sangat bersyukur kerana PENDOSA seperti aku ini dipilih oleh NYA, aku bersyukur kerna diberi kesempatan mengucap kalimah suci dan mengenali Mu.

Namun begitu masih banyak yang belum aku ketahui.. kerana aku akan terus mencari dan mencari, sebelum aku pulang kepada NYA.

Jika ada sahabat yang terbaca nukilan ini, dan andai kamu lebih mengetahui daripada apa yang aku ketahui...bimbing lah aku bersama kamu...

Nukilan Subuh.....
Share:

12 Mac 2014

Sukan Hari Moyang 2014 - Bola Sepak

Pulau Carey - Pada 22 Feb 2014, telah berlansung satu kejohanan bola sepak 9 sebelah tertutup Kampung Orang Asli Sungai Bumbun yang diadakan di Kampung Orang Asli Sungai Bumbun. Kejohanan tahunan yang bermula pada tahun 2012 ini telah memasuki edisi ketiga pada tahun ini. Objektif penganjuran kejohanan ini adalah untuk mengeratkan perpaduan penduduk kampung dan menanamkan semangat kerjasama dikalangan penduduk kampung.Barisan urusetia kejohanan adalah terdiri daripada penduduk kampung sendiri. Perkara ini jelaskan menunjukkan bahawa kejohanan ini mempunyai nilainya yang tersendiri bagi penduduk kampung.

Bagi pasukan yang bertanding, kemenangan bukan lah faktor utama bagi setiap pasukan yang bertanding. Tetapi keseronokkan, kemeriahan dan senyuman di kalangan mereka menjadikan kekalahan yang dialami oleh pasukan itu "berbaloi". "Kalah menang adat permainan, tetapi senyuman & tawa pengubat segala kekecewaan", kata seorang penduduk.

Bagi penganjur, JKK KOA Sg.Bumbun merasakan bahawa kejohanan yang dianjurkan sempena sambutan perayaan bagi masyarakat orang asli Mahmeri iaitu Perayaan Hari Moyang 2014 ini, nyata disambut meriah oleh penduduk kampung. Penganjur juga merakam penghargaan yang tidak terhingga kepada JAKOA SELANGOR ( Kuala Langat) dan pihak MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR kerana sudi menjadi penaja bagi kejohanan yang kecil pada tahun 2014 ini.

"Melihat seorang dewasa yang berumur 40an menangis kegembiraan adalah kepuasan saya menganjurkan kejohanan ini. Dia adalah saudara kami, tinggal satu kampung, saya kenal dia. Dia bukan pemain bola sepak profesional, dia bukan pemain bola sepak amatur, malah boleh kami kata , bahawa pasukan yang dia sertai itu rata-ratanya adalah kaki bangku. Namun atas semangat berpasukan yang tinggi pasukan dia berjaya ke Final dan menjadi juara. Apabila melihat air mata kegembiraan daripada dia, saya terkedu dan merasa amat berpuas hati dengan apa yang kami anjurkan. Air mata itu adalah air mata kejayaan atas usaha mereka. Kejayaan yang tidak pernah mereka pikirkan , kejayaan yang tidak pernah mereka rasai seumur hidup.. memang benar itu adalah tangisan ikhlas daripada Abg Jinak." Kata Penganjur




Share:

28 Februari 2014

Sekitar Gold Coast Morib Banting

Pantai Morib - Salah satu kawasan pantai yang terdapat di Negeri Selangor. Kebanyakkan pantai yang terdapat dinegeri Selangor, adalah pantai yang berselut, kerana permukaan dasar yang mendatar. Salah satu penginapan yang terkenal disini ialah Gold Coast Morib. Penginapan yang terletak ditepi pantai barat semenanjung Malaysia ini menjanjikan kelainan yang berbeza. Kedudukan nya jauh dari kota-kota besar, tetapi mudah di akses daripada Kuala Lumpur malah tidak jauh dari KLIA.

Penginapan ini dilengkapi dengan permainan Taman Tema Air ( Water Park) yang menjanjikan keriangan kepada penghuni yang membawa keluarga mereka bersama.

Bath Tub...

Salah satu jenis Bilik yang terdapat di Gold Coast Morib. Bilik yang besar, cukup selesa.


Antara kemudahan yang disediakan oleh Gold Coast Morib. Sesuai untuk mana-mana agensi untuk buat hari keluarga. Dewan yang besar. Boleh buat macam-macam game.  Difahamkan juga, pihak resort ada menyediakan pakej hari keluarga dan telematch yang lain2.





Juga terdapat disini ialah kemudahan untuk mengadakan majlis-majlis keramaian seperti majlis Hari jadi, party, Majlis perkahwinan dan bermacam-macam lagi, kerana tempat ini amat sesuai untuk majlis-majlis rasmi.





Share:

01 Februari 2014

Rezeki Sungai Langat Pulau Carey

01 Feb 2014- Pulau Carey kini sudah tidak seperti dulu. Jika sekitar tahun 80an-90an, hutan paya bakau masih banyak di Pulau ini, tetapi kini tidak lagi. Keadaan sudah berubah. Bagi kami penduduk di Pulau Carey ini, hakikat ini perlu ditelan walaupun pahit. Kemajuan & kemodenan yang dibawa oleh "manusia" kadang kala telah mengubah pola kehidupan di alam ini. Jika dulu, masyarakat Mahmeri menjadikan hutan paya bakau adalah sumber rezeki terulung bagi mereka, tetapi kini tidak lagi. Keluasan hutan paya bakau semakin mengecil kerna telah diganti dengan penanaman sawit, untuk menjana ekonomi yang lebih mampan. Itu lah manusia, kemusnahan demi kemusnahan yang dicipta oleh manusia tanpa memikirkan kehidupan alam yang sering bergantungan. Tetapi tidak mengapa lah, majoritinya mahu begitu kita ikut kan sahaja...

Bila tidak ada apa mahu dilakukan di rumah, bosan dengan kehidupan di kota, kadang kala tertekan dengan kerja, kita kembali ke alam semula jadi yang diciptakan oleh-Nya. Terasa senang dan tenang, melupakan seketika hiruk pikuk kehidupan moden manusia.

Jadi kami kembali kehidupan yang dulu...

Walau pun Sungai Langat Pulau Carey tidak seperti dulu, namun hidupan laut seperti belangkas ini masih wujud disini.


Menjala adalah salah satu aktiviti yang kami lakukan di Sungai ini.


Sangkut adalah perkara biasa apabila menjala... hati-hati kat sini banyak Udang Galah, maka sang bedal pun ada...


Masih ada rezeki disini, harap  Sungai Langat ini tidak dicemari oleh "Kemodenan Manusia"

Begini lah kehidupan suatu masa dahulu, sebelum pulang, makan lah dulu rezeki yang diperolehi, yang selebihnya dibawa pulang untuk anak-anak dan isteri.






Udang Galah segar, pada bahagian kepala otak nya memang sedang... perghhhh... tak perlu masak di hotel, cukup sekadar apa yang ada...


Semoga manusia sedar, hidup didunia ini saling bergantungan.. jangan lah hidup hanya untuk diri sendiri, alam memerlukan kita, kita memerlukan alam....
Share:

05 Julai 2011

Lambaian Phuket mempersonakan part 2

***Lambaian Phuket mempersonakan part 1***

Disebelah petang pula...

Kami dibawa pula ke salah satu destinasi tumpuan utama pelancong di negeri phuket ini, iaitu Rawai Beach. Cukup indah aku rasa ketika aku berada disini, mata aku bagaikan dijamu dengan sesuatu pandangan yang cukup mempersonakan.


Selamat datang ke Rawai Beach..

Air laut yang kebiruan, awan nano yg berterbangan , pukulan ombak yang bertalu-talu, pasir putih yang bersinar, cuaca panas yang dingin, angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa....wwwaaaaahhhh!!! best wo.... memang best, sukar untuk dibayangkan keseronokkan nya menikmati alam ciptaan tuhan yang maha agung... aku bersyukur kerana diberi peluang melihat keindahan alam ini...


Bersama selamanya..keh keh..






Melompat keriangan, sambil mengabadikan kenangan di Phuket..




pada gambar mungkin ia tidak nmpak menarik, tetapi melalui mata sungguh mempersonakan..










Lambaian Phuket...

Credit to SaufiAhmad for pictures...


Setelah kami sudah puas dan penat berada di tepi pantai itu, kami meneruskan perjalanan seterusnya menuju sesuatu tempat yang sungguh indah daripada tempat tadi.

Tidak ada kata-kata untuk aku luah kan ketika itu melihat suatu pemandangan yang belum pernah aku lihat sebelum ini.. ialah selama ini, aku selalu mengimpikan satu tempat yang tinggi untuk aku lepak sambil bersantai,pada masa yang sama melihat pemandangan yang indah seperti berada dikaki bukit melihat laut atau seumpama dengan nya.


Pemandangan Cape Phromthep



Tetapi kali ini, impian aku menjadi kenyataan. Sungguh indah Cape Phromthep, berada di puncak bukit yang menghadap laut yang terbentang luas, melihat pulau-pulau yang bertaburan di pukul ombak, melihat kapal-kapal nelayan tengelam timbul di lambung ombak, angin kencang meniup menyapu ke muka aku, udara yang nyaman, waktu senja yang merah sambil menikmati lagu the coconut tree, "WELCOME TO MY PARADISE" sungguh mengasyikkan, aku bagaikan dipukau dengan keindahan phuket..rasa ingin menjerit kepuasan kegembiraan..



Welcome to my Paradise



nice view...



bawa ku terbang..



sungguh mengasyikkan lepak disini..




tada....


Ramai orang berada sini, menghantar matahari pulang, mereka bertepuk tangan ketika matahari melabuhkan tirai.....




Rombongan kami tidak melepaskan peluang mengabadikan kenangan disini



tada...



ada yang buat wedding shooting disini..






sabar menanti matahari terbenam


Tapi sayang nya, kehadiran awan nano merencatkan sedikit pemandangan di senja itu...

Sungguh indah dunia ini... mungkin ini sebahagian keindahan dunia yang pernah aku lihat, dan aku berharap, suatu hari nanti,aku mampu menjelajah satu dunia untuk aku mengagumi ciptaan yang maha esa...




ini lah situasi yang dinantikan oleh orang ramai, melihat terbenam nya matahari...





awan nano menutup matahari yg seksi..












==========================================
Share:

Lambaian Phuket mempersonakan part 1

Ok ,kita sambung balik cerita trip aku ke Selatan Thailand hari tu...kalau x sempat bace hari tu..ni dia cerita aku di Phang Nga Bay Phuket Thailand

Destinasi kami yang seterusnya pada hari ketiga ialah bersiar-siar sekitar bandar Phuket sambil menyiapkan beberapa assignment yang perlu di setelkan.

Trip kami pada pagi itu bermula dengan melawat salah satu lokasi yang sesuai untuk melihat keseluruhan bandar Phuket dari atas Bukit.. (x ingat bukit apa, rasanya macam salah satu fitness centre diorang lah kot).


Pemandangan dari atas bukit cukup mempersonakan..sangat cantik..



Kanak-kanak riang, dari kiri, sopi,akob,pian,din

Pemandangan pagi itu cukup indah, dengan cuaca yang panas menyerlahkan lagi keseksian bandar Phuket apabila dilihat dari atas bukit.


Setelah puas bergambar di atas bukit itu, trip kami meneruskan perjalanan ke Sri Bhurapa Orchid Cashew Nuts Factory pulak. Iaitu salah satu kilang yang memproses biji gajus menjadi kacang.. pelbagai jenis kacang yang dihasilkan daripada biji gajus ini, dijual disini.



Nilah dia rupa buah Gajus..



budak praktikal..


Setelah puas bergambar dan membeli sedikit souvenir, trip kami dibawa pula ke sebuah pusat yang menjual mutiara asli iaitu di MOOK, Phuket. Banyak mutiara yang dijual disini..


signboard kedai ni..




Mutiara yang dikatakan paling besar..


keeyong bersama cengkerang tiram paling besar..



Banyak mutiara yang terdapat disini, tapi sayang nya kehadiran kami hanyalah untuk menonton sahaja...hehehe



Dan seterusnya kami juga dibawa ke salah satu kedai yang menawarkan jualan t-shirt dengan harga yang agak murah, dengan kualiti kain yang agak bermutu tinggi, dengan harga 700bhat bersamaan RM7 sehelai. Disinilah,ramai yang diantara kami yang mengalami muflis akibat perbelajaan yang berlebihan..



owner dia tahu ckap melayu,memudahkan lagi urusan belian kami..



beli secara borong, ada yang beli untuk satu family n ada yg untuk orang kampung hahaha


Ok..itu dia trip kami disebelah pagi dan tengahari...


Sambungan>>> PART 2
Share:

Penaja

Image Text
Image Text
Image Text
Image Text

Kata Pujangga

"Kehidupan yang dilalui ini hanya sementara. Wujudnya diri ini didunia ini hanya bayangan Dia. Apa yang dapat dilihat adalah kenyataan wujudnya dia, sang maha pencipta.."

Cari Blog Ini

Dikuasakan oleh Blogger.

Cerita Mereka Tentang...

WUJUD AKU ADALAH KENYATAAN DIA

7 Jun 2018 22 ramadan 1439 6.30am Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Sekian lama mendiamkan diri baru hari tergerak hati ini untu...

Follower