ShoutMix


ShoutMix chat widget

Trip ke Tanjung Rhu, Pulau carey

Jika di Pulau Langkawi ada Tanjung Rhu, Pulau Carey juga mempunyai Tanjung Rhu nya yang tersendiri. Tempat ini tidak lah sepopular Tanjung Rhu di Pulau Langkawi, namun begitu keaslian flora dan fauna Tanjung Rhu di Pulau Carey ini masih lagi terpelihara. Jika kita berpeluang, kita boleh melihat harimau berkeliaran disekitar pantai Tanjung Rhu ini.

Masih belum ada lagi pusat-pusat peranginan yang di bangunkan di kawasan ini. Tidak ada resort mahupun hotel dan juga restoran di sekitar kawasan ini.
Terletak di hujung Pulau Carey, kawasan nya agak terpencil dan agak jauh daripada penempatan manusia.

Apa yang boleh aku nampak daripada pemerhatian aku kat tempat ni, Tanjung Rhu Pulau Carey, lokasi nya cukup strategik untuk dibangunkan kawasan pelancongan. Keunikkan dan kelebihan pantai Tanjung Rhu, Pulau Carey ini ialah, kita boleh melihat kesesakkan dan kesibukkan selat melaka yang sentiasa dipenuhi dengan kapal-kapal perdagangan.

Bila malam, laut ini sentiasa diterangi dengan lampu-lampu daripada kapal yang menanti giliran untuk berlabuh di Pelabuhan Klang. Mungkin di tempat lain kita jarang melihat situasi ini, disebabkan lokasi itu jauh daripada Pelabuhan, tetapi di Tanjung Rhu Pulau Carey, hampir setiap masa kita boleh melihat pemandangan Kapal-kapal ini berlabuh.

Ikuti pengembaraan Kami..hahaha



Kami pergi Berempat je, Objektif asal: mencari Tarang/Mentarang





ni lah dia rupa Mentarang Laut yang kami nak cari, isi dia memang sedap..




Melalui Jalan berhabuk, jalan estet




Laluan agak mencabar



Sudah sampai..




Pemandangan Sekitar Tanjung Rhu



Mula mencari Tarang..


Puas Mencari tanda-tanda kewujudan Mentarang ini. Namun gagal dikesan


cantik tak? banyak kapal yang berlabuh..sib baik camera cikai klu x compirm korang nk ikut..haha








Jumpa plak, binatang purba ni



Predator


Penat mencari Lokasi Mentarang, jumpa plak Belangkas di lopak air ni



Belangkas binatang purba,wujud sejak zaman dinosaur lagi.

Berkulit keras, berekor tajam, telur dia memang sedang untuk dimakan, tapi ingat jangan salah makan, nanti korang mabuk,silap haribulan boleh mampus, sebab ada satu urat dia bersambung dengan pundi dia, ha yang tu beracun, jangan makan urat dia.






Tada, menarik kan...ni lah dia belangkas bahagian bawah dia.




Nilah dia, orang selalu cakap, berkepit "macam belangkas".. sebab belangkas selalu berkepit, yang besar itu betinanya sebab dia bertelur, yang kecik itu jantan, reti bawak telur je.



Sekali tengok macam raksasa, nasib baik kecik..kalau besar aku pun tak berani nak pegang.





Kami meneruskan Perjalanan, terpijak ketam lah plak, terus ketam tu marah nak menyerang kami.







Jangan Tiru aksi ini..



Ni dia otai laut, dengan selamba dia pegang Ketam tu..




Ade teknik dia camne nak bagi ketam ni tak sepit tangan kita..Hanya otai yang tahu



Ni lah dia ketam yang nak serang kami, dan akhirnya jadi Lauk kami.




Penat berjalan, tanda-tanda kewujudan mentarang tu masih gagal dikesan, last pencarian terhenti disini dulu.. kami pun dh lapar ketam tadi kami bakar jadi santapan BBQ kami..




Sedap bila makan kat Laut, keenakkan nya jelas terasa, maybe sebab terlalu lapar kot.


Lain-lain gambar yang sempat di snap sebelum Bateri Kong..





Umpan Sarang/pumpun




Umang-umang mencari sarang dia.




Siput Beliung






Sungguh indah alam ciptaan tuhan ini, Sekian dulu trip aku kali ni,

2 Perbincangan:

nice! suke gile aku adventure camneh~!

ade mase dtg tmpat aku..contact aku

Catat Ulasan

Terima kasih lah kerana berkata-kata

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More