Pemandangan Sungai Langat berlatar belakangkan Bukit Jugra
Jika anda berkunjung ke Pulau Carey, jangan lepaskan peluang anda untuk memancing di sekitar perairan sungai langat ini. Sejarah telah tercipta di sungai ini pada tahun 2005, salah seorang penduduk kampung sungai bumbun, telah berjaya menaikkan ikan gelama seberat 30kG. Walaupun tidak banyak ikan seberat 30kg ini berjaya dipancing, ianya telah menjadi kegilaan bagi penduduk di sekitar pulau carey ini, pergi untuk memburu ikan-ikan yang mendiami sungai langat ini. Mereka percaya bahawa masih ada lagi "Monster Fish" yang belum ditumpaskan..
Jika anda ingin memancing di perairan sungai langat ini, anda disarankan memancing dengan menggunakan bot. Dengan menggunakan bot, anda untuk bergerak mencari lubuk-lubuk ikan yang terdapat di perairan Sungai Langat ini. Jika anda nak mancing kat sini dan nak pakai bot, boleh hello saya ok..
Macam tepi Tasik pun ada kan??
Tapi kami mancing tak pakai bot pun, ada lah jetty orang kampung buat, senang lah sikit kami mancing..selesa pun selesa..boleh baring2 lagi...
Ha satu lagi jangan buat benda macam ni kat pokok.. sian pokok 2... jangan nak gatal-gatal tangan g toreh pokok tu.. pokok ni xde getah, kalau ada pun x laku..
Ni lah rupa Cacing Bakau ataupun Pun-pun, yang digunakan sebagai umpan untuk memancing.. kalau mancing kat area2 ni.. umpan pun-pun memang mujarab..
Boring-boring duk umah, sekali sekala lepak tepi sungai memang best....
Tangkapan pertama Ikan Baung Seberat 300g... Ikan baung sakit kuning kot..
Kecik pun ok...daripada xde langsung... yg ni kami lepas balik ke sungai.. saja je nak rasa tarikan die...xdelah kuat mane..biasa je
Ni lah dia bukit jugra..ataupun bukit tunggal... sebabnya, bukit ni mcam busut.. ada satu je.. n tidak bersambung dengan mana2 banjaran...
Salam..
BalasPadamAda lagi ke pot ni?
Bagaimana hendak ke sana..
Kt mane laluan ni
BalasPadam