Journey Of Azlan, is fairy tale story about Lagenda Teragung

THE LEGEND OF MAHMERI

Kejadian berlaku di sebuah tanah jajahan melayu lama, sekitar 1480an, di zaman pemerintahan Melayu Melaka. Ketika itu, ramai mengagungkan kerajaan melayu melaka, sebagai sebuah kerajaan yang kuat dan hebat dirantau ini, maka tidak ada seorang pun yang mempedulikan kisah hidup seorang lagenda.

lagenda yang teragung....
lagenda yang telah dilupakan...

THE LEGEND OF MAHMERI
***LaGenDa TerAgunG***
Kisah Hayalan






Sinopsis (Draf Cerita)
========

Kisah anak Tok Batin yang berkawan dengan Seorang Puteri Raja sejak dari kecil.
Tok Batin sering menghantar hasil hutan untuk dipersembahkan kepada Raja Melayu untuk mendapatkan perlindungan dan bantuan.

Setiap kali Tok Batin menghadap Sang Raja, dibawa anak lelakinya bersama-sama rombongan ke Istana.

Sikap masyarakat orang asli yang taat pada seseorang menjadi Sang Raja menjadi mesra dengan mereka.

Hubungan ini bermula ketika , Sang Raja mula mencari Tanah Baru untuk diduduki.
Ketika dalam pelayaran, Sang Raja bermimpi memasuki satu kawasan yang mana Tanahnya subur untuk aktiviti pertanian. Didalam mimpi itu, Sang Raja dapat melihat pelbagai jenis buah-buahan di kawasan itu. Ketika dia terjaga dari mimpi, Sang Raja dikejutkan oleh pengikutnya mengatakan pelayarannya telah sampai ke sebuah pulau paya bakau.

Lalu Sang Raja bersama pengikutnya menyusuri anak-anak sungai di sekitar pulau itu untuk melihat jika ada tanah-tanah sesuai untuk didirikan penempatan.

Sampai di suatu kawasan, Sang Raja turun dari sampan dan dapat menemui satu kawasan yang mana tanahnya lebih tinggi daripada terkena air masin laut. Ketika Sang Raja berjalan meninjau kawasan tersebut tidak jauh daripada anak sungai , Sang Raja dapat melihat banyak pohon-pohon buah-buahan yang tumbuh subur dikawasan itu. Begitu juga dengan banyaknya binatang-binatang liar seperti Rusa tinggal dikawasan itu. Sang Raja berasa hairan kerana apa yang dialami ketika itu sama seperti didalam mimpinya. Sang Raja membuat keputusan untuk menduduki kawasan tersebut.

Setelah dibina penempatan disitu, setelah beberapa purnama, askar-askar Sang Raja dikejutkan dengan kehadiran tetamu. Tetamu itu telah ditangkap oleh askar-askar Sang Raja dan dibawa menghadap Sang Raja.

Lalu Sang Raja bertanya daripada mana asal mereka dan kenapa datang kemari.
Setelah diselidik ternyata meraka adalah masyarakat asal dikawasan itu.
Pohon-pohon buah yang ditanam itu adalah kepunyaan mereka. Dahulu mereka menetap disini, tetapi setelah sering kali diganggu oleh pihak lanun, mereka meninggalkan kawasan itu dan masuk jauh ke dalam hutan.

Sekali sekali ketika musim buah mereka akan datang ke kawasan ini untuk mengambil buah-buahan yang mereka tanam.

Tahu lah Sang Raja mereka telah membina kawasan di tempat mereka. Lalu Sang Raja menghadiahkan mereka beberap helai jenis kain dan senjata sebagai pertukaran.

Sang Raja juga membenarkan mereka untuk datang pada bila-bila masa saja. Lama kelamaan hubungan mereka bertambah akrab. Ada waktunya Sang Raja mengajak beberapa pemuda orang asal yang hebat berburu untuk pergi memburu di tengah hutan.  Sejak daripada itu orang asal ini sangat taat dan hormat pada Sang Raja dan adalanya mereka juga membawa hasil hutan kepada Sang Raja.

==================

ZAMAN dulu hampir 100000 suku kaum bangsa Besisi, yang mana penempatan mereka tinggal pinggir sungai dan laut di sebuah kerajaan yang agung. Suku kaum ini pada mulanya menjalankan kehidupan nelayan selain mengutip hasil hutan dan laut.
Pada satu hari sebuah kerajaan agung akhirnya tewas di tangan musuhnya.
Suku kaum besisi banyak yang tewas semasa peperangan. Ada yang sempat melarikan diri ada yang dijadikan tahanan dan dijadikan buruh paksa.

ada 7 keluarga yang berjaya melarikan diri daripada peperangan yang maha dasyat itu. Mereka belayar jauh menuju sebuah penempatan baru tanpa ada manusia yang mengganggu mereka lagi.














Penaja

Image Text
Image Text
Image Text
Image Text

Kata Pujangga

"Kehidupan yang dilalui ini hanya sementara. Wujudnya diri ini didunia ini hanya bayangan Dia. Apa yang dapat dilihat adalah kenyataan wujudnya dia, sang maha pencipta.."

Cari Blog Ini

Dikuasakan oleh Blogger.

Cerita Mereka Tentang...

Follower