Journey Of Azlan, is fairy tale story about Lagenda Teragung

06 Disember 2010

Gunung Angsi Gagal Ditawan

3 december 2010- Ulu Bendul, Negeri Sembilan, sekumpulan pemuda yang rata-ratanya bekas pelajar Aspura Tengku Ampuan Rahimah gagal menawan Gunung Angsi.. Ikuti kisah mereka..



Tiba di Ulu Bendul

Perjalanan dari Klang ke Ulu bendul melalui highway utara selatan hanya mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih. Perjalanan di pendekkan lagi dengan adanya jalan baru, tanpa melalui bukit putus. Kami bertolak jam 11 pagi dan sampai ke Kem Ulu Bendul 1 ptg.




Sebelum Selepas

Tiba di lokasi, kami terus mencari port nk dirikan khemah.






Pemandangan Sekitar Tapak Khemah Kami






Khemah Yg telah siap untuk bermalam



Masak Nasi untuk santapan makan Malam



Minum Teh dekat hutan memang BEST!!






Seawal jam 6 pagi kami dh bangun, bungkus satu khemah, buat sarapan, sebabnya jam 8pagi kami akan bertolak mendaki Gunung Angsi.




Pagi-pagi buta berendam dalam sungai memang best, kecut segalanya..hahaha




Inilah sarapan kami.. makan telur rebus je



Ok bersiap Sedia untuk pendakian. Pendakian kami bermula jam 0800.





Pendakian Kami Bermula tapi Malang nya, hujan turun dengan lebat, menyebabkan track menjadi licin dan amat berbahaya.






Walaupun Hujan turun dengan Lebat kami meneruskan perjalanan,dan akhirnya kami sampai jugak ke checkpoint Kem Tangga Batu. Kami berteduh dekat sini, Kat sini ada pondok.

Ketika kami nak mulakan perjalanan kami dah tersalah ambik jalan, kami sesat selama sejam kerana tersalah ambik track. Nasib Baik kami x tersesat jauh, tapi kami banyak menghabiskan tenaga dekat situ, sebabnya terpaksa menuruni cerum bukit yg dalam, jalan yang licin, berselut, dan diserang oleh PACAT!! argh tidak....






Kat sini lah kami sesat, sepatutnya semasa sampai di checkpoint Kem Tangga Batu, kami patut ambik track sebelah kanan dan menyeberangi anak sungai. Dan mangsa kami yelah ada budak ni kaki dia mula krem. argh sudah....






Setelah kami sedar kami dh sesat jalan, kami teruskan perjalanan. Dan akhirnya kami sampai ke track yg lebih mencabar. perjalanan hanya tinggal 60 minit untuk sampai ke puncak, tetapi memandangkan ada antara kami yang betul2 dh xlarat nak naik tangga macam batu caves 2, dengan keadaan track yg licin, hujan yang lebat, kami membuat satu keputusan yang mengecewakan untuk turun balik ke tapak perkhemahan.. lagipun lutut aku memang x leh tahan, kesan injured main futsal dulu masih terasa ketika panjat track macam batu cave ni. Aku dapat agak kecerunan track ni dalam 60-70 darjah.

Mungkin xde rezeki kami untuk tawan gunung angsi kali ni, tahun depan aku akan cuba lagi.. ada sesape nk join x? x puas hati ni..

so nasihat aku, nk naik gunung pastikan stamina ada, bawak air, sebab air masa kat atas susah nk dapat, track senang je.

so gud luck kpd sesape yg nk cuba.. pengalaman sesat memang best walaupun x sampai kemuncak, klimaks..aaaaa


pss: camera aku masuk air hujan bab 2 gmbar kabur..
Share:

2 ulasan:

Terima kasih lah kerana berkata-kata

Penaja

Image Text
Image Text
Image Text
Image Text

Kata Pujangga

"Kehidupan yang dilalui ini hanya sementara. Wujudnya diri ini didunia ini hanya bayangan Dia. Apa yang dapat dilihat adalah kenyataan wujudnya dia, sang maha pencipta.."

Cari Blog Ini

Dikuasakan oleh Blogger.

Cerita Mereka Tentang...

Follower