ShoutMix


ShoutMix chat widget

SELAMAT DATANG

MAAF BLOG SAYA MASIH DALAM PROSES KEMASKINI

Masih ada..

Dunia Ini Luas

Sukan Hari Moyang 2014 - Bola Sepak

Pulau Carey - Pada 22 Feb 2014, telah berlansung satu kejohanan bola sepak 9 sebelah tertutup Kampung Orang Asli Sungai Bumbun yang diadakan di Kampung Orang Asli Sungai Bumbun. Kejohanan tahunan yang bermula pada tahun 2012 ini telah memasuki edisi ketiga pada tahun ini. Objektif penganjuran kejohanan ini adalah untuk mengeratkan perpaduan penduduk kampung dan menanamkan semangat kerjasama dikalangan penduduk kampung.Barisan urusetia kejohanan adalah terdiri daripada penduduk kampung sendiri. Perkara ini jelaskan menunjukkan bahawa kejohanan ini mempunyai nilainya yang tersendiri bagi penduduk kampung.

Bagi pasukan yang bertanding, kemenangan bukan lah faktor utama bagi setiap pasukan yang bertanding. Tetapi keseronokkan, kemeriahan dan senyuman di kalangan mereka menjadikan kekalahan yang dialami oleh pasukan itu "berbaloi". "Kalah menang adat permainan, tetapi senyuman & tawa pengubat segala kekecewaan", kata seorang penduduk.

Bagi penganjur, JKK KOA Sg.Bumbun merasakan bahawa kejohanan yang dianjurkan sempena sambutan perayaan bagi masyarakat orang asli Mahmeri iaitu Perayaan Hari Moyang 2014 ini, nyata disambut meriah oleh penduduk kampung. Penganjur juga merakam penghargaan yang tidak terhingga kepada JAKOA SELANGOR ( Kuala Langat) dan pihak MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR kerana sudi menjadi penaja bagi kejohanan yang kecil pada tahun 2014 ini.

"Melihat seorang dewasa yang berumur 40an menangis kegembiraan adalah kepuasan saya menganjurkan kejohanan ini. Dia adalah saudara kami, tinggal satu kampung, saya kenal dia. Dia bukan pemain bola sepak profesional, dia bukan pemain bola sepak amatur, malah boleh kami kata , bahawa pasukan yang dia sertai itu rata-ratanya adalah kaki bangku. Namun atas semangat berpasukan yang tinggi pasukan dia berjaya ke Final dan menjadi juara. Apabila melihat air mata kegembiraan daripada dia, saya terkedu dan merasa amat berpuas hati dengan apa yang kami anjurkan. Air mata itu adalah air mata kejayaan atas usaha mereka. Kejayaan yang tidak pernah mereka pikirkan , kejayaan yang tidak pernah mereka rasai seumur hidup.. memang benar itu adalah tangisan ikhlas daripada Abg Jinak." Kata Penganjur



Sekitar Gold Coast Morib Banting

Pantai Morib - Salah satu kawasan pantai yang terdapat di Negeri Selangor. Kebanyakkan pantai yang terdapat dinegeri Selangor, adalah pantai yang berselut, kerana permukaan dasar yang mendatar. Salah satu penginapan yang terkenal disini ialah Gold Coast Morib. Penginapan yang terletak ditepi pantai barat semenanjung Malaysia ini menjanjikan kelainan yang berbeza. Kedudukan nya jauh dari kota-kota besar, tetapi mudah di akses daripada Kuala Lumpur malah tidak jauh dari KLIA.

Penginapan ini dilengkapi dengan permainan Taman Tema Air ( Water Park) yang menjanjikan keriangan kepada penghuni yang membawa keluarga mereka bersama.

Bath Tub...

Salah satu jenis Bilik yang terdapat di Gold Coast Morib. Bilik yang besar, cukup selesa.


Antara kemudahan yang disediakan oleh Gold Coast Morib. Sesuai untuk mana-mana agensi untuk buat hari keluarga. Dewan yang besar. Boleh buat macam-macam game.  Difahamkan juga, pihak resort ada menyediakan pakej hari keluarga dan telematch yang lain2.





Juga terdapat disini ialah kemudahan untuk mengadakan majlis-majlis keramaian seperti majlis Hari jadi, party, Majlis perkahwinan dan bermacam-macam lagi, kerana tempat ini amat sesuai untuk majlis-majlis rasmi.





Rezeki Sungai Langat Pulau Carey

01 Feb 2014- Pulau Carey kini sudah tidak seperti dulu. Jika sekitar tahun 80an-90an, hutan paya bakau masih banyak di Pulau ini, tetapi kini tidak lagi. Keadaan sudah berubah. Bagi kami penduduk di Pulau Carey ini, hakikat ini perlu ditelan walaupun pahit. Kemajuan & kemodenan yang dibawa oleh "manusia" kadang kala telah mengubah pola kehidupan di alam ini. Jika dulu, masyarakat Mahmeri menjadikan hutan paya bakau adalah sumber rezeki terulung bagi mereka, tetapi kini tidak lagi. Keluasan hutan paya bakau semakin mengecil kerna telah diganti dengan penanaman sawit, untuk menjana ekonomi yang lebih mampan. Itu lah manusia, kemusnahan demi kemusnahan yang dicipta oleh manusia tanpa memikirkan kehidupan alam yang sering bergantungan. Tetapi tidak mengapa lah, majoritinya mahu begitu kita ikut kan sahaja...

Bila tidak ada apa mahu dilakukan di rumah, bosan dengan kehidupan di kota, kadang kala tertekan dengan kerja, kita kembali ke alam semula jadi yang diciptakan oleh-Nya. Terasa senang dan tenang, melupakan seketika hiruk pikuk kehidupan moden manusia.

Jadi kami kembali kehidupan yang dulu...

Walau pun Sungai Langat Pulau Carey tidak seperti dulu, namun hidupan laut seperti belangkas ini masih wujud disini.


Menjala adalah salah satu aktiviti yang kami lakukan di Sungai ini.


Sangkut adalah perkara biasa apabila menjala... hati-hati kat sini banyak Udang Galah, maka sang bedal pun ada...


Masih ada rezeki disini, harap  Sungai Langat ini tidak dicemari oleh "Kemodenan Manusia"

Begini lah kehidupan suatu masa dahulu, sebelum pulang, makan lah dulu rezeki yang diperolehi, yang selebihnya dibawa pulang untuk anak-anak dan isteri.






Udang Galah segar, pada bahagian kepala otak nya memang sedang... perghhhh... tak perlu masak di hotel, cukup sekadar apa yang ada...


Semoga manusia sedar, hidup didunia ini saling bergantungan.. jangan lah hidup hanya untuk diri sendiri, alam memerlukan kita, kita memerlukan alam....

Facebook Mistake

yeah.... facebook... dimana nak cari butang mengatakan kita menunjukkan perasaan simpati kepada penulis yang mengemas kini statusnya dengan berkata... "bini aku masuk wad" adakah butang "LIKE" yang patut kita tekan?? hehehehe.... renung2 kan.

1 Januari 2012

Selamat tahun baru... dengan azam yang baru dan mahu membina satu kehidupan yang baru itulah azam tahun baru aku... keh keh keh...

pergh....lama gila aku tak update blog...

untuk tahun baru sempena 2012... im back as a blogger...

=============

so tahun 2012 tahun keramat..kenapa? entah...aku mudah terpengaruh kot, katanya akan kiamat..maybe.. so sebelum apa2 berlaku, sebelum aku jadi mendiang aku berazam untuk tukar title tu jadi arwah...

masa semakin suntuk, sedar tak sedar dah hampir 4tahun aku digelar sebagai mahasiswa.. pasni aku akan menghadapi satu dimensi kehidupan yang baru. Kehidupan sebagai orang dewasa, bekerja, cari duit, kahwin?.. bersediakah aku dengan semua ini? entah lah... rasa nak enjoy lagi pun ada... aku berharap ada orang yang boleh membimbing aku ke jalan yang benar selepas ni..hahaha.... chow....

Selamat Hari Raya

Saya penulis didalam blog ini, mengucapkan selamat hari raya kepada seluruh umat islam seluruh dunia, maaf zahir dan batin. Dan selamat menyambut hari Merdeka kepada semua rakyat malaysia yang ada IC. Terimalah serangkap pantun dari saya.

Hari merdeka hari raya
hari raya ada merdeka
kita sambut merdeka raya
hari raya merdeka kita




My new WiFE PC Game

Kegilaan aku terhadap PC terutamanya dalam dunia games, memang tidak dapat dipisahkan. Baru-baru ini, dengna berkat kesabaran, hajat aku ingin melamar sebuah PC akhirnya menjadi kenyataan. Banyak cabaran dan juga rintangan yang terpaksa aku hadapi, sebelum aku diberi hak, untuk memiliki nya dengan cara yang sah.



PC aku

Ketika orang lain sibuk membuat persiapan untuk beraya, aku pulak sibuk dengan mencari part-part komputer yang murah di internet.

Ya, hampir kesemua barang PC yang aku beli adalah dari internet. Kenapa?
Apabila kita berada di internet, mudah untuk kita membuat perbandingan dari segi harga (walaupun harga barang komputer adalah hampir sama), menjimatkan kos dari segi kos minyak, kos parking,kos tol, kos makan, dan lain-lain lagi. Walaupun ia nya menyimatkan kadang-kadang kepuasan memegang barang sebelum beli itu tidak kita rasai apabila membuat pembelian secara online. So ada Pro and kontra didalam membuat pembelian secara online.

Terpaksa menghabiskan hampir RM700-RM800 untuk mendapatkan spec komputer yang sesuai untuk aku main game. Di usia aku yang mencecah 24 tahun ni, cukup lah untuk aku bermain game yang tidak pernah aku main sewaktu aku berumur 13-23 tahun ni. Sekarang ni banyak game memerlukan spec yang terlalu tinggi dan kosnya pun mahal, dan apa kata kalau aku main game yang popular sekitar tahun 2003-2011 nie,. watpe nak main game yang letest main dulu game2 yang lame, tu pun tak pernah main kan?? hahaha



otak komputer E7500 beli second RM240


Antara barang yang aku beli ialah:

Processor: Intel Core 2 duo E7500 @ 2.93Ghz
Mobo: ASUS P5G41T-M LX
Ram: Corsair 2GB 1333MHz DDR3 GAMING RAM
HeatSink: Cooler Master X Dream 4
Casing: PowerLogic Modena GTX2500
Powersupply: Come in with Casing 500W
HDD: WD Caviar Blue 500GBLink


MOBO yg aku beli dengan harga RM190




Casing with PSU cap ayam


hard disk yang aku beli ni plak rosak, nasihat aku, kalau nak beli apa2 dari internet pastikan barang tu ada waranti dan yang penting korang mintak resit, mudah untuk kita membuat tuntutan ganti rugi nanti.. sekarang ni hardisk aku dh rosak, aku terpaksa menanggung kerugian, last2 aku sibat Pc lama abang aku punya Hardisk.

Setelah kajian demi kajian yang aku buat, sebenarnya aku memerlukan Power Supply yang bagus untuk memastikan PC aku ni boleh bertahan lama. PSU yang ada dengan Casing ni, adalah cap ayam, tak beberapa bagus untuk kesihatan PC aku.

dan aku memerlukan Graphic Card untuk memastikan aku boleh bermain game, hahaha budget tak cukup sebab tu aku tak beli lagi, ade duit nanti aku rembat satu Rm300-400 punya.

Sofar dengan spec ni aku habiskan dalam 700-800, dan ada orang kata dengan 700-800 aku dh boleh beli PC yang complete dan boleh main game, tapi processor dual core lah. Tapi aku tak mau, aku nak built sendiri PC aku.

Setelah aku pasang, dengan mengunakan OS window 7 Ultimate pirate punya, lepas tu nak register window 7 ni, aku menggunakan perisian Windows-7-Activator.


Setelah Pemasangan, agak merumitkan pada pemasangan heatsink, kena bubuh thermal compound atas processor nk bagi dia sejuk n tak overheat.


Pas semua driver aku dh update n install, aku terus install PES2011,nak try graphic dia mcam mane, sofar ok lah, smooth, cuma gambar je kurang menarik sikit.

Ok, kalau nak beli PC game dengan budjet yang rendah, pastikan motherboard (MOBO) tu, ada graphic card, macam aku punya dia mmg dh pasang Intel GMA X4500 dalam tu,. tapi tak berapa bagus, untuk permulaan nk kumpul duit boleh lah..

*byk barang aku beli dari forum lowyat.net dan juga dari lelong.com.my

Processor: Intel Core 2 duo E7500 @ 2.93Ghz (RM240 secondhand Lowyat Forum)
Mobo: ASUS P5G41T-M LX (RM190 baru beli kat lelong)
Ram: Corsair 2GB 1333MHz DDR3 GAMING RAM (RM50 second dari Lowyat forum)
HeatSink: Cooler Master X Dream 4 (RM25 lelong)
Casing: PowerLogic Modena GTX2500 (RM 99 lelong)
Powersupply: Come in with Casing 500W
HDD: WD Caviar Blue 500GB (RM95 lowyat forum)



ok setakat itu dulu perkongsian aku dengan kamu semua.. Selamat Hari Raya dan MErdeka!!!

Apabila Media Di kongkong

Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said menyeru orang ramai membaca dan menyokong media alternatif bagi mendapatkan laporan berimbang bagi "menentukan sikap" sendiri.

"Tanpa media alternatif, media harus perdana akan jadi gangster (samseng)," kata sasterawan pelbagai genre itu.

"Dalam media arus perdana yang ada hanya hitam dan putih sahaja. Semuanya parti pemerintah betul dan pembangkang mesti salah."

Berucap ketika merasmikan kempen "Jom Baca Media Alternatif" di Kuala Lumpur semalam, Samad mengakui dia sendiri sudah setahun tidak membaca media arus perdana.

"Biarlah terlepas. Tetapi saya tidak merasa rugi kerana tak baca pun saya sudah tahu," katanya di hadapan kira-kira 100 peserta yang kebanyakannya mahasiswa.

Bekas pengarang Berita Harian itu - yang meletakkan jawatan bagi membantah "meresapnya kuasa politik dalam akhbar" - juga mengambil peluang menggesa anak muda berubah.

Bukan sahaja berubah bahan bacaan, Samad mahukan perubahan lebih besar, iaitu apa yang disebutnya sebagai "perubahan regim".

"Sudah tiba masanya menukar regim. Kita sudah beri masa 54 tahun dan kita tidak harus beri lebih daripada itu," katanya yang lantang bersuara sejak tercetus bantahan besar seniman terhadap pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris pada 2009.

"Sudah 54 tahun negara ini diperintah oleh golongan bangsawan... Saya tertanya-tanya, bilakan pemimpin dari rakyat pula akan dipilih?".
Sebelum itu, bercakap dalam majlis yang sama, Ketua Pengarang Malaysiakini, Fathi Aris Omar berkata perkembangan media alternatif sebagai sumber maklumat akan membantu ke arah "demokrasi dan persaingan sihat".

Ini kerana, tambahnya, lanskap media sekarang berada dalam keadaan tidak sihat ekoran beberapa kekangan terhadapnya seperti melalui Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984.

"Jadi asas persangain kita tidak sihat. Misalnya tiada hak untuk menjawab dan tiada wacana tanding (di media arus perdana)," katanya yang juga bekas pengarang majalah Detik yang pernah diharamkan kerajaan ketika era reformasi pada 1999.

Fathi bagaimanapun berkata, untuk terus beroperasi, media alternatif amat bergantung kepada sokongan pembaca kerana pasaran iklan yang terhad.

"Bukan sahaja (menyokong) dengan membaca, tetapi juga melalui dana. Kalau Malaysiakini, kena langganlah," katanya yang percaya kebebasan media sentiasa disokong oleh kebebasan kewangan.

Dalam majlis anjuran kumpulan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) itu, Malaysiakini diberi peluang berucap mewakili media alternatif.
http://www.malaysiakini.com/news/172293

===============


Yelah saya cukup bersetuju dan bersependapat dengan A.Samad Said, surat khabar kita sekarang ni selalu cerita yang elok je, nasib baik aku tak bodoh sangat, tahu guna internet, dapat lah aku bahan berita dari internet. Cukup berbeza, internet cerita lain, surat khabar cerita lain. Yang tentukan cerita itu benar atau salah, kita perlu menilainya sendiri.

Kalau beli paper pun aku lebih suka baca sukan je. Berita paling tepat dekat surat khabar ialah Magnum,Toto dan Kuda.

Kenapa jadi macam nie ek??? sial lah..pui!!

Duit Baru RM6

Duit raya 2011 bakal dikeluarkan hehehehe


Isu Melayu di Gareja

Isu "Melayu di Gareja" mendapat perhatian masyarakat ketika ini.
Media telah memperbesarkan isu ini, dan seolah-olah cuba menghalang penyebaran agama kristian. Kalau difikirkan balik, negara kita ini, terdiri daripada berbilang kaum dan pelbagai agama yang dianuti oleh masyarakat nya. Tidak kah ini nanti menyinggung perasaan penganut agama Kristian nanti??


Risalah yang saya ambik

oh mungkin saya salah, sebab penyebaran agama ini kepada orang islam, sebab itu orang marah. Yup..islam tidak membenarkan seseorang itu keluar dari agamanya.

Bukan kah seseorang individu itu bebas beragama?? kalau mengikut undang-undang yang saya paham lah... adakah undang-undang itu hanya untuk orang bukan islam??

Kadang-kadang saya jadi tak faham, kenapa "penyebaran agama islam" tidak menjadi satu isu? jika saya bukan orang islam, ia akan menjadi persoalan kepada saya.. (betapa bodoh nya saya menyokong kristian kan??)

Saya bukan menyokong agama kristian, menganuti jauh sama sekali. Islam itu indah bagi saya, Islam itu agama yang benar bagi saya. Tetapi saya melihat isu ini kepada, perpaduan dan keamanan negara kita, yang belum lagi berperang kerana agamanya.

Adakah satu hari nanti kerana isu ini mendapat liputan meluas dari media, akan menyebabkan negara ini dalam situasi yang tidak aman???

Kenapa saya berkata demikian??
Kerana pada pendapat saya, satu penulisan dari wartawan itu, boleh membawa pelbagai tafsiran dan membawa maksud yang berbeza kepada pembacanya.

Melalui laporan akhbar yang saya baca hari ini,

http://www.hmetro.com.my/articles/Pujukcarahalus/Article

saya menyokong apa yang dilaporkan di akhbar

"Pendakwah atau pasto tidak pernah memaksa saya memasuki agama mereka,tetapi menggunakan cara paling lembut dan halus dengan tidak berputus asa memujuk selain terus membantu sehingga akhirnya saya berhutang budi dan akur mengikuti program mereka "


Perkara seperti ini juga berlaku di Kampung saya (kampung orang asli lah), cerita nya begini

dulu makcik ni sakit, atas rawatan kristian, dia akhirnya memeluk kristian, bantuan demi bantuan diberikan, setiap hari ahad, ada sahaja orang2 kristian datang, Mereka menyanyi seperti ada koir di rumah itu sehingga jiran mereka tertarik untuk turut serta. dan ada diantara mereka menganut agama kristian.

Bagi saya, pendekatan yang dibawa oleh mereka untuk menyebarkan agama kristian cukup strategik dan bijak. Bayangkan halaman rumah makcik itu dulunya penuh semak samun, tetapi telah diusahakan menjadi kebun jagung, dan juga kebun-kebun sayuran. Mereka beri cangkul, mereka bagi pagar, benih, baja dan sebagainya. Bantuan-bantuan ini menarik jiran-jiran sekeliling.

Persoalannya, adakah Jakim juga menjalankan aktiviti seperti ini? saya tidak tahu.

Saya tidak benci kristian, tetapi saya sayang Islam. Saya sayang keamanan negara.





-----------------
pss: *jika artikel ini menyinggung perasaan kamu, saya mohon maaf, saya tidak bodoh, saya tidak terlalu cerdik, tetapi saya ada hati dan otak untuk bertanya tentang kebenaran*

psss: jika apa saya katakan tidak betul, tingglkan komen, maka saya akan perbetulkan..
tq kerana membaca
.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More