APA ITU MENTARANG?
Mentarang adalah sejenis hidupan laut yang tinggal dikawasan yang berlumpur + pasir. Sama sepeti Kepah ataupun kerang, mempunyai kulit luar yang keras, dan sisi yang tajam. Tersilap pegang ketika mengeluarkannya boleh menyebabkan kecederaan pada jari anda. Isi mentarang dikatakan lebih sedap berbanding Kepah mahupun lala. Isinya kurang berpasir, jika dibasuh dengan betul memang tidak berpasir.
Tapi pada kali ini, kami sekali lagi ke lokasi tersebut untuk membongkar dimanakah Mentarang itu bersembunyi, dan melalui risikan yang kami terima, kami berjaya memperolehi maklumat kedudukan sebenar hidupan laut ini, yang telah dianggap pupus oleh sesetengah orang. Seramai 6 orang yang terlibat dalam aktiviti ini..best wo...
Tiba di lokasi, bau mentarang telah berjaya dikesan..hehehe
Kerja-kerja pengalian telah diteruskan..
Seriusly, ni first time aku mencari tarang, sebelum ni tahu makan je.. Takde lah susah, cume kena berhati-hati sikit, kalau tak habis jari, silap2 boleh putus..hehehe
This is Mr.Sarayap
Mat.Pot dengan tarangnya, bagaikan kerbau yang sedang berkubang..first time jugak katanya..
Seguni berjaya dia rembat hari tu
Teruja katanya..
ha nampak,seguni tu..
Ni dia otai (Orang Tua Ada Ilmu) laut..releks je.. Yang lain semua dah berkubang macam kerbau, dia releks je, baju x kotor.. kotor lah jugak tapi xlah seteruk kami..seluar putih plak tu...sempoi...
Mencari Lubuk..
Cukuplah hasil laut pada kali ni...
Tarang oh Mentarang....
Trip kami tidak berakhir disini saja... kami sempat merasai kelazatan Mantarang ini di tepi Pantai Tangjung Rhu.. Beza dia BBQ di tepi pantai berbanding di Rumah, ialah bila dirumah kita banyak makanan, x xcited sgt nak makan, tapi bila di tepi pantai kita mempunyai selera yang tinggi dan kita mudah terasa lapar, mungkin disebabkan kita kepenatan..
Bila dalam keadaan macam ni, kita kena tahu menghidupkan api.. mana ada dapur gas time ni..so belajar-belajar lah cara menghidupkan api.. bukan payah sangat, bawak je lighter..hehehe
BBQ...yeke ? BBQ macam ni ke...
Isi mentarang...lemak berkrim disukai ramai..
Pergh..memang syahdu makan mentarang nie..sungguh survival betul...kelazatannya terasa sampai ke tali perut..hahaha
Sampai je kat rumah petang tu, kami bercadang untuk masak mentarang ni secara kukus..masak stim kononnya.. kami pun buat lah, mengikut bahan2 yg disyorkan oleh buah hati aku..hahaha
Mentarang yang telah dibersihkan. Cengkerang dia perlu dikopek (dibuka), baru isi dalam dia boleh dibasuh dengan bersih, kalau x dikopek memang makan dgn pasir lah jawabnya.
Bahan-bahan yang perlu disediakan, halia,bawang besar,kecik,putih n merah, tomato.
mcm terbalik ke gmbar nie..
ok last step, bubuh je segala bahan yang ada ke dalam periuk kukus.. owh lupa carrot pun boleh diisi. daun sup, tomato, masuk last sekali, bila agak2 dh masak baru letak.. bubuh lah garam,ajinomoto secukup rasa, kami jugak bubuh minyak bijan dan kicap soya, bagi menyedapkan lagi Masakan kami..
perghhhh..adventure glerr nk tangkap mentarang pun..
BalasPadampernah x cari benda ni?
BalasPadamlayannn... berkrim... syahduu...huhuhu...
BalasPadamaku x join time nie coz aku keje...berkhidmat tuk rakyat bai.. lau aku free, aku join.. sbtu nie xley coz ak nk trip to cherating..
BalasPadamgwa nak try gwa nak try miahahaha
BalasPadam@rizuan ada masa kita g lg..
BalasPadam@sopi jom try...
x pernah ikut org cr mentarang x suke... tp mkn suke... hehehe
BalasPadam@mamaaqeel biasa lh tu..dkg2 panas ye x....hitam kulit hehehe
BalasPadamArea pantai sekinchan yang kat mana ni. Cari jugak tapi salah tempat
BalasPadamArea pantai sekinchan yang kat mana ni. Cari jugak tapi salah tempat
BalasPadamMemang sedap. Baru cuba yang bakar semalam
BalasPadam