Journey Of Azlan, is fairy tale story about Lagenda Teragung

01 Julai 2011

Phang Nga Bay Phuket Thailand

สวัสดีครับ

sàwàtdee kráp


sàwàtdee kráp...


Sungguh mempersonakan, itulah ungkapan Lagenda TerAgung...
Tanggal 20 JUN 2011, buat julung-julung kali nya Lagenda TerAgung menjejak kan kaki ke Thailand. Trip pada kali ini disertai 40 orang pelajar yang rata-ratanya merupakan ahli kelab pelancongan Universiti Malaysia Kelantan, bersama 6 orang pegawai pengiring.

Bas mula bertolak pada petang 19JUN2011, dan kami berhenti sarapan di hentian RnR di selatan Thai pada pagi 20 JUN 2011, Perjalanan yang mengambil masa hampir 12 Jam dari Kota Bharu ke Phuket Thailand amat memenatkan, namun begitu kepenatan tidur didalam bas, dibayar dengan pemandangan yang cukup indah dan mempersonakan.


Sampai di RnR tu kami trus snap gmbar, dengan bangga serta konfident nya SaufiAhmad memberitahu kami,bahawa di belakang itu adalah Pulau Phang Nga, padahal ia hanya lah bukit biasa....suka hati ko je ye...

Destinasi hari pertama kami di Selatan Thai adalah Phang Nga. Kami tiba di Jeti pada Pagi itu dan, kami disambut dengan meriah oleh peniaga-peniaga yang meniaga disitu, ada diantara kami tidak melepaskan peluang untuk membeli topi sebagai tanda kenang-kenangan..


Tiba di Jeti..




Diorang membeli topi, takut panas katanya..





Jeti sebelum ke Phang Nga Bay


Kami dibawa menaiki bot menikmati panorama indah pulau-pulau yang terdapat di sekitar Phang Nga Bay. Kami juga dibawa melihat satu lokasi yang utama jika datang ke Phang Nga ini, iaitu Ko Tapu, yang juga dikenali sebagai James Bond Island, di Phang Nga Bay.


Kami berada didalam bot...best wo...




Begini lah suasana di Phang Nga Bay Phuket Thailand. Cukup mempersonakan... begitu indah ciptaan tuhan yang maha esa...



Lagenda Teragung bersama SaufiAhmad diatas bot



Sambil mendengar lagu "Tersenyum Lagi" dari Steven Coconut Three.memang seronok.



Gua edit gambar ni jadi x elok..takut korang jelez...hahaha



Ni lah dia James Bond island..eh betul ke..aku dh lupa ar..


Pulau-pulau yang berada di sekitar kawasan itu..



Gua yang kami akan masuk, juga merupakan salah satu destinasi pelancongan dan tarikan disini, juga dikatakan james bond pernah berlakon disini..



Teruja masuk GUA sampai ternganga..


Disini juga terdapatnya satu perkampungan air. Kami sempat singgah untuk menikmati jamuan makan tengahari sambil membeli belah diatas perkampungan air ini. Apa yang menarik mengenai perkampungan air ini ialah, kawasan perairan ini cukup bersih, tidak kelihatan sampah-sarap yang banyak. Terdapat juga sekolah serta padang futsal di atas perkampungan air ini. Cukup menarik bukan??? Kemudahan asas mereka juga perolehi seperti bekalan air yang bersih serta bekalan elektrik daripada generator..



Kampung atas air memang mempunyai banyak kelainannya..



Kampung atas air, mempersonakan,...




Struktur asas bangunan perlu kukuh...




Ni lah dia padang futsal baru dalam pembinaan....cukup unik..main bola atas air..



Kami saja lompat nak tau kukuh ke tidak padang futsal nie...




Sekolah pun ada dekat Kampung atas air nie..




Makan tengahari dulu...sedap...n free...ade orang byrkan...




Bergambar kenangan di atas bot...




cukup indah gmbar ini..



Balik ke darat, setelah kekenyangan.




masih byk lagi cerita dari selatan thai..sharing is caring..

***setinggi penghargaan kepada SaufiAhmad and Chua coz for nice picture.. and juga Ijam sbb bagi sewa kamera DSLR dia kat aku... n most important for all phuket trip crew...***
Share:

0 comments:

Catat Ulasan

Terima kasih lah kerana berkata-kata

Penaja

Image Text
Image Text
Image Text
Image Text

Kata Pujangga

"Kehidupan yang dilalui ini hanya sementara. Wujudnya diri ini didunia ini hanya bayangan Dia. Apa yang dapat dilihat adalah kenyataan wujudnya dia, sang maha pencipta.."

Cari Blog Ini

Dikuasakan oleh Blogger.

Cerita Mereka Tentang...

Follower